Misteri kereta Tun M di gudang UK…
Kecoh nau kat media sosial pasal ada kereta Proton Perdana jumpa bersama dengan kereta-kereta bernilai jutaan ringgit dekat satu bangunan terbiar di UK.
Kereta Proton Perdana bernombor plat VK 5231 tu didaftarkan atas nama Mahathir bin Mohamad.
Untuk pengetahuan, bangunan tersebut milik Bristol Cars, pemilik dia Kamal Siddiq, seorang usahawan warganegara Britain berdarah Pakistan.
Macam mana pulak kereta Tun M boleh ada dekat UK ni?
Cerita dia bermula pada akhir tahun 2016 bila Tun M pergi ke UK dan ada berbincang dengan Kamal Siddiqi untuk convert kereta biasa kepada kereta hibrid melalui syarikat R&D milik Kamal iaitu Frazer Nash Research Limited yang berpengkalan kat UK.
Oleh sebab Tun M ni jenis yang suka kan teknologi baru dan mahu kita tak ketinggalan, atas inisiatif dia sendiri, dia hantar kereta Proton Perdana miliknya sendiri ke sana untuk tujuan R&D (Boleh rujuk surat kat bawah).
Jika R&D ini berjaya, Proton akan berupaya untuk menghasilkan kereta hybridnya sendiri masa tu dan bersaing dengan jenama terkemuka dunia yang sudah pun ada model hybridnya sendiri.
Sekarang tidak pasti sama ada kereta tersebut telah melalui proses R&D atau pun tidak dan kereta ini sepatutnya telah dibawa pulang. Difahamkan juga ada masalah approval.
Kereta ini juga ada declare pengisytiharan harta masa Tun M jadi Pm7
Tapi bangga juga lah kereta Perdana ada dekat gudang lama bersama kereta kereta mewah.