Mentaliti tidak takut harta dicuri punca Warisan kalah?
Norman Radzuan
Jgn suruh saya lukis jika malas membaca. Tiada paksaan utk membaca dan mempercayainya. Artikel ini jujur dari analisis peribadi bersama masyarakat setempat ( yg dikenali )sepanjang 2 minggu saya ke sana ke sini berbual dgn pelbagai pihak utk memahami kehendak pemimpin atau rakyat Sabah.
Ada yg sindir saya, dulu ramal Warisan menang mengapa skg baru nak berikan hujah kenapa Warisan PLUS tewas. Warisan tidak tewas malah meningkat 2 kerusi cuma sentimen yg dimainkan Syafie tidak membantu komponen parti mewakili Kadazan Dusun.
Bila saya menyokong atas sebab2 tertentu tentulah kita akn memberi kata2 semangat utk penyokong, pengundi dan ahli parti yg dtg dari jauh utk bekerja keras bagi parti tersebut. Jika kita awal2 lagi menulis sukar menang atau pasti kalah… kita hanya menjatuhkan moral petugas, penyokong dan pengundi.
Sebagai contoh bila wartawan bertanya kpd Pengurus pasukan badminton Malaysia adakah mampu mengatasi pasukan Indonesia dlm Piala Thomas… pastinya pengurus memberitahu lawan kita kuat tapi tidak mustahil utk menang. Walaupun atas kertas perseorangan Indonesia dan beregu mereka jauh lebih kuat.
Ya memang benar saya masih berpendirian seperti sebelum ini punca kemelut politik tanahair kerana Tun Mahathir. Tun ( di dlm gambar ) merancang dlm sedar kejatuhan PH sehingga Perak, Kedah, Melaka dan Johor tumbang dan nasib di Sabah terumbang ambing ( ketika artikel ini ditulis belum ada jawapan lagi ).
Kekuatan UMNO atau BN muncul kerana sikap Tun yg tidak mengikuti ideologi PH sehingga UMNO dgn mudah kembali mengumpul kekuatan. Namun secara jujur utk PRN Sabah ini faktor Tun tidak mempengaruhi tindakan pengundi di Sabah.
Saya juga tidak setuju dgn rakan dari Malaya yg menuduh org Sabah fikiran ketinggalan, bodoh dan sebagainya. Sebenarnya sama sahaja di Sabah dan Malaya ini… saya akn buktikan di bawah.
Apa persamaan PRN di Sabah dan di Malaya ( org Borneo gelar Semenanjung sebagai Malaya )?Persamaannya pengundi di bandar berbeza dgn pengundi di luar bandar dari segi pemahaman/pernilaian politik. Persamaan dari mentaliti tersebut membawa kpd politik Malaysia isu sentimen lebih berpengaruh daripada manifesto, ekonomi dan korupsi.
Seperti di Malaya… manifesto PH mahu menumbangkan kleptokrasi atau kerajaan rasuah dan salah guna kuasa tidak mendapat sokongan penduduk kampung atau dikenali luar bandar. Org2 kampung lebih takut DAP daripada harta rakyat dicuri oleh pemimpin2 politik.
Inilah juga yg berlaku di Sabah. Masyarakat pendalaman Sabah lebih takutkan sentimen kononnya memilih Syafie mak PTI semakin ramai daripada faktanya kekayaan Sabah dirompak oleh pemimpin terdahulu.
Yg menjatuhkan kerajaan BN samada di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dahulu adalah pengundi bandar dan anak2 muda.
Kenapa pemikiran org bandar berbeza. Kebanyakkan yg tinggal di bandar tidak kira apa kaum sekalipun mereka org berkemampuan yg mampu menghantar anak mereka belajar dan bercampur dgn kelompok intelektual.
Manakala anak2 desa yg bijak akan menuntut di Universiti dan pendedahan tinggal bersama sama pelbagai kaum, pembelajaran akademik, kemudahan maklumat mempengaruhi cara berfikir.
Warisan dlm kempennya tak ubah sepertimana dilakukan oleh PBS 30 tahun dahulj. Sabah for Sabahan atau Sabah utk rakyat Sabah. Kempen mereka ada unsur anti Malaya.
Ia berkesan utk mempengaruhi undi org Sabah kerana sentimen anti Malaya telah wujud sejak 30 tahun dahulu kerana rakyat Sabah merasakan mereka telah ditipu oleh KL. KL dianggap tidak adil dlm membangunkan Sabah iaitu sebuah negeri yg kaya raya.
Namun sentimen ini laku sebelum PRU 14. Ini kerana ketika itu BN tidak yakin Syafie (Warisan) mampu memenangi DUN Sabah. Apabila Syafie berjaya merampas kerajaan negeri Sabah, BN telah mendapat formula berkesan sepertimana dilakukan di Malaya.
Di Malaya sentimen pilih PH bermakna pilih Cina DAP. Di Sabah mereka memainkan sentimen yg hampir serupa, memilih Warisan bermakna menggalakkan PTI dtg beramai ramai ke negeri Sabah. Kenapa begitu?
Ideolagi Syafie Apdal dan Anwar Ibrahim ada persamaan. Pendekatan mereka sesuai di suatu tempat ( kebanyakkan kawasan bandar ) tetapi ia bukan popular di luar bandar (kawasan Melayu atau Kadazan Dusun di Sabah).
Bila Syafie memainkan isu Sabah for Sabahan… ia sentimen yg betul utk Sabah. Sepertimana Anwar memainkan sentimen keadilan utk semua ia betul utk Malaysia. Dlm kempen juga Syafie seperti Anwar Ibrahim memainkan isu korupsi pemerintahan kerajaan yg lalu. Sepatutnya rakyat menyokong tetapi di Malaysia ia berbeza.
BN atau PN tahu mereka tidak mampu menyerang Warisan dan PH dgn isu salah guna kuasa atau korupsi. Jadi mereka bijak mencari sentimen atau senjata yg paling ampuh dgn memainkan sentimen berunsur perkauman.
Bijaknya pemikir2 BN ini mereka mencari sentimen yg mudah dan berkesan utk mempengaruhi pengundi. Di Malaya kawasan pengundi yg banyak adalah kawasan org Melayu… hampir sama di Sabah kerusi pengundian yg byk adalah di kalangan org Kadazan Dusun.
Hujah saya faktor kebangkitan BN atau PN kerana mereka mencari sentimen yg mudah utk mempengaruhi kaum Kadazan Dusun. Tak perlu Profesor2 IPT memberi hujah itu dan ini ( terlalu akdemik dan berlapis ) kerana isu dimainkan BN sgt mudah difahami. Cari sentimen sensitiviti kaum terbesar.
PH kekuatan mereka di Malaya ialah kawasan bandar. Di Sabah kekuatan Warisan juga di bandar dan sebelah timur Sabah. Tetapi bukan di kawasan pendalaman atau kawasan yg dihuni majoriti Kadazan Dusun.
Tahukah anda sewaktu kerana Ranau, Tambunan dan Keningau sambil berbual bual… saya terkejut apabila mereka menunjukkan Whatsapp group sentimen yg bermain isu yg sama. Mereka berbual berkisarkan isu seperti di Kimanis. Jika Warisan menang kononnya Syafie akn membawa ramai PTI ke Sabah. PTI itu adalah bangsa dari Filipina seperti Bajau, Suluk, Sungai dan lain2.
Kota Merudu, Tuaran, Penampang, Tamparuli, Tenom, Tambunan, Keningau, Kimanis, Inanam, Ranau dan beberapa bandar lagi adalah majoriti Kadazan Dusun sepertimana di Kelantan dan Terengganu majoriti Melayu.
Jika Warisan memainkan sentimen Sabah for Sabahan lawan mereka memainkan isu pendatang dan PTI. Ia dilihat lebih berkesan. Sgt mengejutkan apa yg saya baca…
” Daripada berikan kpd pendatang lebih baik diberikan kpd Malaya…”. Umumnya di Sabah dpt menonton dlm PRN yg lalu Syafie Apdal terpaksa membuat video klip utk menjelaskan asal keturunan diri dan keluarganya dilahirkan di Sabah. Ia sungguh melucukan tetapi terpaksa dilakukan oleh seorang warga Malaysia yg mahu memimpin Sabah.
Masyarakat kaum Kadazan/Dusun di pendalaman telah dimomokkan mengenai Syafie Apdal sebagai keturunan pendatang. Sdgkan waktu Syafie Apdal bersama UMNO dahulu tidak timbul isu inj. Sebab itulah dlm kempen Warisan seringkali saya mendengar penceramah Warisan terpaksa menjelaskan isu keturunan Syafie Apdal. Lebih dari itu Syafie dituduh membawa ramai PTI dan bermacam macam lagi.
Akhirnya seperti di Kelantan biar Kelantan mundur, air kotor asal bukan pilih BN ( dulu kafir bukan Islamik ) dan skg biar Kelantan miskin asal bukan pilih sokong PH bermakna sokong Cina DAP. Begitulah juga di sini biarlah jalanraya masih teruk, tanah dirompak oleh pemimpin asalkan Sabah tidak dikuasai kaum pendatang. Saya beri sedikit fakta utk menguatkan hujah.
UPKO sepertimana Star dan PBS merupakan parti yg dianggap parti utk Kadazan Dusun. Pada PRU 14 yg lalu UPKO mendapat 5 kerusi DUN tapi kali ini mereka hanya mendapat 1 kerusi sahaja apabila UPKO menyertai Warisan PLUS.
UPKO tewas bukan kerana UPKO tetapi kerana mereka dilihat bersekongkol dgn Warisan. Akhirnya yg mendapat kelebihan dari isu sentimen Syafie ini adalah PBS. Daripada 5 kerusi meningkat 7 kerusi dan Star daripada 2 kerusi meningkat kpd 6 kerusi.
Mengenai PKR ideologi parti ini hanya dpt diterima di bandar2 besar seperti di Malaya. PKR menang di Api-Api dan Inanam. Api2 kawasannya bandar Kota Kinabalu dan Inanam bandar sebelah Kota Kinabalu. Manakala di Sook boleh dianggap kawasan luar bandar sukar perubahan itu berlaku walaupun ada perubahan.
Sebab itu saya kata di Malaya Amanah kena tumpukan kpd kawasan luar bandar. Ini kerana org Melayu di bandar sudah menerima PKR tetapi diluar bandar PKR sukar diterima kerana ideologinya parti berbilang kaum kurang disenangi org2 kampung kerana semangat Melayu itu sgt kuat.
Apapun Amanah sepertimana PKR akn tetap menerima bebanan yg sama kerana kedua parti ini bekerjasama dgn DAP. Dlm kerjasama ini parti DAP sebenarnya mereka tidak akn mempunyai masalah.
Ini kerana bangsa Cina di seluruh negara 70% menyokong DAP. Bangsa Cina mereka agak kedepan dlm berpolitik.
Berbalik kpd Sabah… UPKO seperti PKR dan Amanah terbeban atau kehilangan byk kerusi kerana sokongan mereka kpd Warisan. Kaum Kadazan Dusun di pendalaman ‘tatap’ menolak Warisan dgn slogan Whatsapp mereka ‘daripada berikan kpd pendatang adalah lebih baik diberikan kpd Malaya.’
Sedikit mengenai analisis saya mengenai calon Bebas. Di Sabah tiada yg dianggap Giant Killer sepertimana berlaku di Malaya. Semua nama2 besar pimpinan parti memenangi DUN masing dgn majoriti besar.
Maksudnya di Sabah selain parti, calon yg dipilih itu menjadi faktor penyumbang utk pengundi memilih. Utk masa next election, parti2 di Sabah kena fikirkan siapa juga calon.
Warisan Plus atau Syafie Apdal tewas bukan kerana dia gagal menguruskan negeri Sabah dgn baik tetapi kerana kegagalan Warisan Plus mahu pun PH di Malaya utk mengatasi sentimen rasis yg masih menebal di negara ini.
Dari segi prestrasi Warisan meningkat 2 kerusi, PKR kekal 2 kerusi, Dap kekal 6 kerusi dan hanya UPKO yg kena tempias di semua kawasan pendalaman Kadazan Dusun.
Moralnya di sini antara memilih ‘pendatang’ dan ‘Malaya’ sentimen org Kadazan Dusun memilih Malaya. Bagi saya kedua dua sentimen itu tidak sihat utk negara tetapi di Malaysia ia sgt relevan utk berpolitik. Itulah Malaysia negara kita… tak perlu bimbang melakukan rasuah, menipu rakyat, salah guna kuasa asal bijak memainkan isu sensitif sentimen bangsa.
Jadi Syafie for next election kena ubah dan beri kerjasama kpd parti mewakili Kadazan Dusun bernyawa. Syafie kena ambil peluang yg ada utk mengajak parti2 mewakili Kadazan Dusun menyakinkan dirinya milik semua kaum… Unity. Syafie kena bersetuju dirinya bukan pilihan Kadazan Dusun ( KDM) sebagai KM.
Syafie mesti menjawab sentimen ini dari terus menjadi isu berpanjangan dan bebanan kpd Warisan Plus sepertimana berlaku di Malaya kerana DAP PH sukar bertahan. Salahnya DAP di Malaya mereka tidak mahu bekerjasama dgn Amanah dan PKR utk menyakinkan org Melayu.
Lebih memburukkan keadaan pemimpin DAP tidak belajar dari Inggeris utk menjaga perasaan org
Melayu. DAP kena bijak hak2 org Melahu jgn sesekali dibicarakan atau dipersoalkan. Jika tidak DAP boleh dianggap penting parti sendiri.Apapun tahniah DAP kerana di Sabah MCA gagal menarik pengundi Cina dan Kadazan Dusun.
Saya tertarik dgn 3 calon bebas yg memenangi DUN ini. Tak mahu ulas panjang just Warisan dekati nama2 tersebut kerana mereka sememangnya mempunyai kualiti sebagai pemimpin di mata penduduk kawasan tersebut.
Itu sahaja ulasan saya. Tidak perlu terlalu akademik dlm menganalisis politik Malaysia. Ia sgt mudah sepertimana Inggeris tidak perlu berperang dgn org Melayu tetapi cukup menjaga Raja/ Melayu dan hak2 org Melayu.
Faktor utama sentimen ( rasis ) dan faktor2 kecil cash is king ( faktor kecil memandangkan Bebas boleh menang ), faktor mahukan kerajaan yg selari dgn pusat, calon yg bertanding….. Apapun samada PN/BN atau Warisan menjadi kerajaan kita sebagai rakyat mesti move on. Mula kehidupan Unity pelbagai kaum yg menjadi identiti Sabah sebelum ini.