Ramai yang keliru, mereka kata kenapa Anwar tak mahu berunding dengan
mahathir tapi boleh berunding dengan Zahid dan MP-MP dari Umno? Apa bezanya, kata
mereka.
Beza berunding dengan Mahathir adalah Mahathir nak jadi PM dan tolak Anwar. Benarkah Anwar berunding dgn Zahid? Jika benar Anwar ada rundingan dengan Zahid, adakah Anwar nak kasi Zahid jadi PM? Itu pun jika benar ada rundingan dengan Zahid. Anwar pun dah sebut, dia berunding dengan individu, bukan parti. Ertinya,
tiada rundingan secara endbloc dengan Umno. Kalau ada mana-mana MP dari Umno yang sokong Anwar jadi PM, itu satu bonus dan itulah yang PH minta Anwar lakukan iaitu cari
sokongan.
Jangan kita lupa, PH dulu pun dapat sokongan dari MP-MP dari GPS.
GPS bukannya dalam PH atau PH Plus ketika itu. Tapi sokongan mereka
menguntungkan PH, maka tiada masalah.
Mahu berunding ini mestilah menguntungkan kita dan kita boleh
lakukan dasar yang kita mahu lakukan atas sokongan mereka. Bukannya mengangkat
mereka untuk tentukan dasar kerajaan kita.
WFAUZDIN NS