Kesatuan bangsa sangat berharga bagi
Malaysia - Prof Razali Nawawi
Malaysia
selepas 63 tahun merdeka semakin luput nilai kesatuan pelbagai bangsa dalam
kalangan rakyatnya.
Saban
hari isu perkauman dan agenda memisahkan kaum Melayu dan bukan Melayu menjadi
propaganda di media masa. Budaya pecah dan perintah ini sekiranya berterusan
akan merosakkan masa hadapan negara serta meruntuhkan tamadun yang sedang
dibina.
Bagi
Profesor Dr Razali Nawawi, halangan menyatukan pelbagai bangsa di Malaysia
lebih kepada kejahilan pemikiran rakyat, selain diadu-domba isu-isu yang
menerbitkan kecurigaan melampau antara satu sama lain.
"Saya
rasa cabaran di sini ialah kejahilan, kecetekan ilmu dan pemikiran.
"Melihat
orang lain dalam bentuk negatif. Tak faham erti hidup bersama. Kemudian yang
amat membimbangkan, berlakunya pengkhianatan terhadap gerakan yang mahu
merealisasikan semangat kemerdekaan.
"Kita
harus sedar peranan mulia yang perlu dimainkan bangsa Malaysia, khususnya umat
Islam. Saya rasa tercabar ada Ahli Parlimen Eropah menyindir, awak muslim; kamu
satu dalam solat, satu kiblat, satu buku iaitu al Quran, satu Tuhan dan kamu
kata kami berbeza kaum. Tetapi kamu berpecah lebih teruk daripada kami. Kami
telah bersatu dalam Kesatuan Eropah.
"Mengapakah
kita tidak belajar daripada mereka? Kita di sini bercakap Melayu - Islam.
Tetapi kita menggembar-gemburkan elemen dan unsur yang boleh menghancurkan
bangsa Malaysia.
"Sepatutnya
kita mengekalkan co-existance. Depan saya Cina,
belakang saya India. Jadi negara ini pelbagai bangsa," katanya dalam forum
'Erti Hijrah dan Kemerdekaan bagi Reformis serta Umat' anjuran Gabungan
Reformis Malaysia baru-baru ini.
Menurut
mantan Dekan pertama Kuliah Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia itu, pembinaan negara bangsa (nation state) yang
lebih bermakna pada masa hadapan hanya boleh dilakukan dengan membentuk
pemimpin pelapis berkualiti.
Katanya,
Nabi Muhammad s.a.w sepanjang kerasullannya telah melatih para sahabat baginda
untuk menjadi pemimpin pelapis.
Oleh yang
demikian, umat Islam di Malaysia harus mendesak kepimpinan politik negara agar
membentuk pelapis-pelapis yang berkualiti
"Jangan
kita harapkan orang kampung mahu berubah. Jangan kita harapkan orang bandar
berubah. Pemimpin perlu berubah terlebih dahulu.
"Pemimpin
ibarat kapten kapal, dia nak bawa kapal ke mana? Orang di belakangnya pula
ibarat jurutera, mereka mesti jaga enjin dengan betul. Kapten pun jangan setkan navigator salah, nak
pergi timur disetkan ke barat. Tidak akan sampai.
"Jadi
rakyat kena mendesak political leadership, kalau
kepimpinan tidak ada ketelusan maka bahanalah negara," katanya lagi.
Kepimpinan
yang berkualiti, menurut Dr Razali, menyebabkan bukan sahaja orang Islam tetapi
bukan Islam juga selesa mendiami Madinah.
Keselesaan
tersebut menyebabkan semua kaum ingin bersatu-padu dan melupakan perbezaan
antara mereka.
Cabaran
itulah, kata Dr Razali, yang perlu didukung oleh sesiapa sahaja yang ingin
mengambilalih tampuk pemerintahan negara agar masa hadapan Malaysia tidak lagi
terumbang-ambing.
"Sekarang
bagaimana mahu buat? Tentunya rakyat perlu ada keazaman yang tinggi untuk
berubah. Di Madinah orang Islam dan Yahudi ada keinginan yang kuat ke arah
perubahan, keinginan yang kuat untuk bersatu.
"Umat
waktu itu menjadikan diri mereka seperti bahan yang boleh dibentuk. Di
Malaysia, semua bangsa mesti ada keazaman untuk berubah ke arah menegakkan
nilai mulia atau 'high standard of values'. Keihlasan, kesamarataan dan timbang
rasa.
"Kerana
keikhlasan memerintah maka Rasullullah berjaya membina 'nilai moral' dalam
kalangan orang Yahudi dan kaum pendatang.
"Kalau
kita mahu menghayati semangat kemerdekaan. Kalau reformis nak laksanakan
semangat Deklarasi Permatang Pauh maka kena buat kerja mengajak seluruh bangsa
ikut memahami dan melaksanakan nilai-nilai yang terdapat dalam Deklarasi
Kemerdekaan Malaysia juga Deklarasi Permatang Pauh itu," katanya.
Prof Dr
Razali Nawawi merupakan Presiden kedua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
pada pemilihan kepimpinan tahun 1972, yang mana ketika itu Datuk Seri Anwar
Ibrahim dilantik sebagai Setiausaha Agung.
Forum GRM
boleh diikuti di page Facebook Gabungan Reformasi Malaysia pada setiap Rabu,
9.30 malam.