Kenyataan ini amat saya setuju....perlu ambil perhatian terutama
orang orang politik....dan mereka yang suka bercuti di tempat awam...
Masyarakat alpa, tak endah SOP, kata Noor Hisham
HAMDAN TAHA
Kerajaan kena hentikan kemasukan bukan warga asing ke negara
kita buat masa ini terutama dari india...indonesia...pakistan...dan negara
negara yang bahaya....
Hari ni saja nampak ramai bukan warga negara masuk bawa virus 19
daj kita pula terpaksa memerima mereka dan menjaga mereka di hospital kita....
India dan indonesia dua negara yang sedang menular tampa dapat
di kawal....jumlah rakyat mereka yang di jangkiti menakutkan
Adam Abu Bakar - September 8, 2020
PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah
berkata masyarakat ketika ini alpa dan tidak mengendahkan SOP ditetapkan
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam usaha mengekang wabak Covid-19.
Katanya, nasihat yang diberikan mula dipandang ringan termasuk
oleh petugas barisan hadapan dalam kalangan petugas kesihatan dan lain-lain
agensi.
“Petugas barisan hadapan sememangnya mempunyai risiko tinggi
untuk dijangkiti Covid-19 atau lain-lain penyakit berjangkit ketika di fasiliti
kesihatan. Ini tidak kiralah di fasiliti kerajaan atau swasta.
“Petugas kesihatan juga boleh mendapat jangkitan semasa berada
di dalam komuniti, iaitu sama seperti individu yang lain di dalam masyarakat.
“Jadi, pematuhan 100% terhadap garis panduan dan tatacara
pengurusan semasa bertugas dan juga semasa tidak bertugas adalah amat penting,”
katanya dalam sidang media hari ini.
Noor Hisham berkata, ketidakpatuhan kepada SOP akan
mengakibatkan penularan jangkitan Covid-19.
Beliau turut memberikan contoh terdapat seorang anggota
kesihatan daripada kluster Sungai yang didapati sudah menjangkiti 7 ahli
keluarganya.
“Mengambil iktibar daripada kejadian ini, KKM menggesa semua
petugas kesihatan, petugas barisan hadapan pelbagai agensi dan juga semua
lapisan masyarakat untuk mengambil serius situasi Covid-19 dalam negara,”
katanya.
Pada masa sama, beliau turut memberitahu sebanyak 96 kluster
sudah tamat, termasuk membabitkan kluster Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil.
“Sebanyak 653 kes dilaporkan merangkumi 3 warga Malaysia dan 650
bukan warganegara. Bagi kluster ini, terdapat 1 kes kematian,” katanya.