NILAH KISAH BODO BODO PUN DAPAT 2 JUTA. NI SETPOL SAKA OT 95 NI...DULU DALAM PKR DIA ANTARA PANGLIMA YANG AKU SANJUNG JUGA LA.TAPI KEMUDIANNYA HANYUT..RAMAI SENAGKATAN DENGAN DIA HANYUT..YA LAH..NAK MAKAN APA KALAU ASYIK DEMO SAJA..BAIK JADI ORANG TENGAH DAPAT GAK 2 JOTA
3 Sep 2020
KES RASUAH ISA SAMAD l Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu
bahawa bekas pegawai khas politik Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Muhammad Zahid
Md Arip telah diberi wang RM2 juta sebagai tanda terima kasih kerana menjadi
penghubung dalam urusan penjualan Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di
Kuching, Sarawak.
Mohamad Jani Ismail, 58, pesara tentera berkata Muhammad Zahid
memaklumkan perkara itu kepadanya sebelum bermulanya mesyuarat bersama pelabur
dari Jepun di sebuah hotel di Putrajaya pada 8 Jun 2018.
"Sebelum pelabur dari Jepun itu tiba lebih kurang 10 malam,
Muhammad Zahid ada menyatakan beliau mahu menghisap rokok di kawasan menghisap
rokok. Jadi saya yang ditemani Encik Dahalan Tunggal yang turut menghadiri
mesyuarat tersebut telah pergi menemani Muhammad Zahid.
"Semasa kami sedang menghisap rokok, saya bertanya kepada
beliau (Muhammad Zahid), tentu saudara Zahid sudah banyak duit kerana telah
dilantik jadi Setpol PM (ketika itu Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri
Tun Dr Mahathir Mohamad).
"Muhammad Zahid kemudian membalas secara bersahaja dan
menyatakan bahawa beliau ada sedikit duit apabila menjadi orang penghubung
dalam urusan penjualan Hotel Merdeka Palace di Sarawak yang beliau telah
diberikan sebanyak RM2 juta sebagai tanda terima kasih," katanya ketika
membacakan penyataan saksi pada hari ketiga prosiding bela diri Mohd Isa yang
menghadapi sembilan pertuduhan rasuah.
Bagaimanapun, saksi pembelaan keempat itu berkata Muhammad Zahid
memberitahunya bahawa Mohd Isa tidak mengetahui berkenaan transaksi wang RM2
juta tersebut.
Ketika disoal balas Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz
sama ada beliau memaklumkan perkara itu kepada Mohd Isa, Mohamad Jani berkata
“ada, selepas 8 Jun 2018”.
Afzainizam: Ketika itu Tan Sri Mohd Isa belum dituduh di mahkamah?
Mohamad Jani: Saya tidak tahu
Mohamad Jani yang merupakan bekas jurulatih tinju Malaysia sejak
1992 hingga 1998 berkata selepas dimaklumkan mengenai perkara itu, Mohd Isa
bagaimanapun tidak memintanya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM).
Afzainizam: Saya katakan kepada kamu pengakuan ini (terima RM2
juta) tidak pernah dibuat oleh Muhammad Zahid.
Mohamad Jani: Tidak betul.
Afzainizam: Tentang pengakuan RM2 juta maklumat itu penting
sepatutnya disalurkan kepada SPRM
Mohamad Jani: Tidak setuju.
Mohamad Jani turut tidak bersetuju dengan cadangan pendakwaan
bahawa beliau takut untuk memberi keterangan kepada SPRM.
Beliau juga menafikan cadangan pendakwaan bahawa tindakan beliau
membuat akuan itu adalah untuk menyelamatkan Mohd Isa dan terhutang budi dengan
Mohd Isa.
Afzainizam: Adakah kamu mewujudkan akuan ini (RM2 juta)
semata-mata dengan niat untuk memburuk-burukkan Muhammad Zahid
Mohamad Jani: Tidak setuju.
Semasa pemeriksaan semula oleh peguam Datuk Salehuddin Saidin yang
mewakili Mohd Isa mengapa beliau tidak membuat laporan polis sedangkan saksi
itu mengetahui Muhammad Zahid menerima wang RM2 juta, Mohamad Jani berkata
"saya klasifikasikan ini duit ucapan terima kasih sebagai orang
perantaraan dan dia mengaku terima RM2 juta”.
Mohamad Jani juga berkata beliau tidak mengetahui sama ada wang
itu rasuah atau tidak.
Mohd Isa berdepan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah
RM3,090,000 daripada Ahli Lembaga Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd, Ikhwan
Zaidel menerusi Muhammad Zahid, sebagai tanda terima kasih bagi membantu
meluluskan pembelian hotel oleh FICSB pada RM160 juta.
Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara
Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC di Kuala Lumpur antara 21 Julai
2014 dan 11 Dis 2015.
Setiap pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen
24(1) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak
kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang
mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pihak
pembelaan hari ini menutup kesnya selepas memanggil enam saksi dan Hakim Mohd
Nazlan Mohd Ghazali menetapkan 4 Nov untuk mendengar hujahan kedua-dua pihak.