HARI ULANGTAHUN KEMERDEKAAN - MERDEKAKAN RAKYAT DARI PENGKHIANATAN



Beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan Negara tercinta ini.  Tanggal 31 Ogos 1957, tarikh keramat apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dari penjajah British. 

Piihanraya Umum tunggal bagi negara ini telah diadakan dua tahun sebelum negara ini mencapai kemerdekaan.  Selepas itu, beberapa kali PRU telah diadakan di mana parti terbanyak yang memenangi Kerusi Parlimen akan membentuk kerajaan.  Tidak pernah tercatat parti yang tidak dipilih oleh rakyat untuk menjadi kerajaan diangkat sebagai pemerintah kecuali pada Februari yang lalu.  Bermula tarikh itu, kita merasakan negara ini seolah-olah dijajah kembali kerana kuasa rakyat dinafikan.

Apakah benar kita telah merdeka sekiranya hak rakyat dinafikan?  Pada PRU14 yang lalu, rakyat telah memberikan mandat kepada Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan.  Rakyat akan menilai Pakatan Harapan untuk 5 tahun samada mampu mentadbir negara ini lebih baik dari kerajaan sebelumnya.  Malangnya, lesen yang diberikan untuk 5 tahun itu telah dirampas dan dikhianati oleh beberapa pemimpin dan Ahli Parlimen yang diketuai oleh Muhyidin dan Azmin serta dibantu pula oleh Zahid Hamidi dan Hadi Awang.  Maka, kerajaan PH telah tumbang di dalam usianya baru 22 bulan angkara pengkhianatan ini.

Februari 2020 bakal tercatat sebagai sejarah buruk negara dan nama Muhyidin dan Azmin pasti dikenang sebagai satu-satunya pemimpin politik yang lebih jahat dari penjajah British.  British memberikan kemerdekaan kepada negara ini untuk rakyat menentukan pemimpin dan kerajaan mereka sendiri, sebaliknya Muhyidin dan Azmin merampas hak rakyat.  Rakyat kembali terjajah dengan pemimpin yang bukan mereka pilih. 

Justeru itu, rakyat perlu bangkit untuk mengembalikan kemerdekaan dan hak-hak mereka.  Pakatan Harapan bersedia untuk dijatuhkan melalui PRU sekiranya Pakatan Harapan gagal menjadi kerajaan yang lebih baik dari kerajaan terdahulu.  Malangnya, kerajaan yang dipilih melalui PRU14 itu telah dijatuhkan secara tidak bermoral dan tidak demokratik.  Rakyat dipaksa untuk menerima sebuah kerajaan yang ternyata sekarang ini amat lemah, tidak berwibawa dan cerca merba. 

Kita tiada pilihan selain dari mengharapkan tokoh reformasi Anwar Ibrahim untuk memikul tanggungjawab bagi memerdekakan kembali negara ini dari para pengkhianat.  Tokoh hebat yang dikenali di seluruh dunia ini wajib kita angkat sekiranya kita mahu melihat negara ini maju dan bermaruah.  Kita tidak boleh mengharapkan Tun M kerana beliau tiada kemampuan lagi sehingga terpaksa meletakkan jawatan dengan mudah apabila kuasa berada ditangannya.  Mahu diharapkan Zahid Hamidi atau Hadi Awang, mereka pun terpaksa tunduk dengan pengkhianat.  Harapkan Shafie Apdal pula dia pun tersungkur di Sabah sehinggakan terpaksa bubar Dun.

Ya, hanya Anwar Ibrahim yang masih teguh dan cekal serta berprinsip.  Beliau tidak mudah untuk diugut dan ditawarkan dengan jawatan.  Prinsip beliau jelas iaitu mandat rakyat perlu dikembalikan tetapi bukan dengan cara menjual prinsip.  Beliau seorang pemimpin yang berjaya mempertahankan partinya dari dimusnahkan.  Apabila Timbalannya Azmin dan beberapa pemimpin termasuk Ketua Wanitanya berada di pihak pengkhianat, parti Keadilan masih utuh dan kuat bahkan berjaya menambah keahlian sehingga mencapai sejuta ahli dan berjaya mewujudkan 222 Cabang di seluruh kawasan Parlimen.  Orang yang cuba untuk memecahbelahkan Keadilan, partinya sendiri mencampakkannya dan kini terpaksa menubuhkan parti baru.  Hukum karma.

Semua ahli Keadilan terutamanya harus bekerja kuat dari sekarang untuk berganding bahu dengan rakan-rakan dari Pakatan Harapan bagi mengembalikan semula kemerdekaan rakyat dari penjajahan pengkhianat.  Percayalah, kebenaran pasti menewaskan kebathilan. 

"MERDEKAKAN RAKYAT DARI PENGKHIANAT"

WFAUZDIN NS