“Insya-Allah kita tidak menjadi laksana tikus yang berada dalam kepuk padi atau semut yang mati dalam gula, tidak seperti mereka yang tidak beristiqamah melompat dan melarikan diri daripada Pas sebagai sebuah parti Islam,” - Hadi
Aku tengok dah macam semut mati dalam gula. Dalilnya, dok bersama kerajaan pintu belakang, apa untungnya pada Pas? Dapat jadi menteri MEWA jaga tong sampah dan pencemaran? Dapat jadi duta khas bertaraf menteri?
Dikira untung kalau dapat buat hudud. Bukankah hudud nyawa Pas? Dikira bertuah kalau dapat bawa RUU Akta 355. Tapi, Pas tak mampu buat apa2. Usahkan nak perjuangkan Islam, kerusi yang mereka selalu bertanding di Sabah pun selamba je MCA sapu. Untungkah? MCA yang hanya ada dua Kerusi Parlimen, mereka pun mampu bertanding di Sabah. Pas yang ada 18 Kerusi Parlimen, hanya jadi tukang baca doa dan pacak bendera je?
Sewaktu dalam PR dulu, PR pun tidak pernah layan Pas sedemikian rupa. Bahkan, sewaktu dalam PR, kerusi Keadilan pun Pas langgar dengan alasan pil kuda dan komunis. Tapi Keadilan ok je dengan karenah Pas. Dengan Keadilan dulu Pas berani langgar, tetapi mengapa dengan MCA Pas kecut telor?
Pas tersilap pilih kawan kerana mata dikaburi oleh keduniaan. Mereka pilih puak yang mahu memperkudakan Pas dengan cara mengumpan seekor dua pemimpin mereka. Kesihan kepada para pendokong parti yang berpuluh tahun mengharapkan Pas untuk jadi bermaruah dan berani. Mereka harus kembali memilih kawan yang sebenar.
WFAUZDIN NS