𝗞𝗛𝗔𝗜𝗥𝗨𝗗𝗗𝗜𝗡 𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔 𝗣𝗛 𝗧𝗘𝗥𝗣𝗔𝗟𝗜𝗧 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗢𝗦𝗔 𝗕𝗘𝗦𝗔𝗥
Pemimpin Pas yang terpalit dengan kontroversi tidak menjalankan
perintah kuarantin, Khairuddin hari ini tampil dengan status FB menyalahkan PH
dan DAP yang menyerang kerajaan PN dengan isu remeh.
Menurut beliau lagi, PH dan DAP telah melakukan dosa besar dan
terpalit dengan pelbagai penyelewengan sepanjang mentadbir negara 22 bulan.
Antara contoh penyelewengan yang disebut Khairuddin adalah isu
terowong dan banglo yang sebenarnya berlaku sebelum PH menerajui negara lagi.
Status FB beliau adalah seperti berikut :
PH dan DAP tidak akan berhenti menyerang kerajaan baru ini
dengan isu-isu kecil. Sedang mereka terpalit dengan pelbagai penyelewengan dan
dosa besar melibatkan negara.
Rasuah puluhan juta melibatkan terowong dan banglo adalah
maksiat besar. Menghina Islam dan mengenepikan Islam dalam pentadbiran adalah
maksiat besar. Jangan lupa kejahatan dan kebobrokan PH ketika mentadbir negara
melibatkan Melayu dan Islam.
Inilah yang perlu didendangkan dan dizikirkan tanpa henti oleh
semua pendokong MN dan PN.
Dr Khairuddin Takiri