DATANG TAK DIRAI,SUSAH TAK DITOLONG...

 Kisah seorang Setiausaha Politilk.

Saya berada di Sabah, bukan ada orang yang suruh, dan saya bukan kempener mana-mana parti politik. Tetapi saya ahli UMNO. Saya tidak melibatkan diri dalam kempen. Lagi pun orang UMNO bukan nak jemput saya, walhal saya boleh  juga berceramah.

2. Bagaimana demi menjaga keahlian UMNO, saya juga di jemput oleh Parti melawan BN dan PRN untuk datang berceramah berdasarkan saya kawan lama dengan calon itu. Saya tolak, kecuali jika forum atau live show. Itu saya boleh hadir.

3. Bila saya ada Sabah, saya tidak minta sesiapa finance kewangan saya selama berada di sini. Malah ada orang menuduh saya di datang kerana Calon Usukan bernama Mohd Salleh Said. Dia ini saperti adik saya. Almarhum bapanya Tun Mohamad Said Keruak pernah berpesan saperti wasiat, 'kau zarin tengok2kan salleh tu. beri tunjuk ajar dan marah dia mana yang tidak betul.

4. Sehingga kini saya tidak berjumpa dengannya. Saya hanya berkawan dengan orang rapatnya Musli Oli. Kerana musli sekarang sudah jadi usahawan kedai makan.. Saya bergurau minta duit 'kasih sayang'. Dia bagi saya RM500. Itu sahaja duit yang saya terima.

5. Hanya ada seorang Menteri yang bermurah hati.. disamping selalu bagi saya 'ikan pekasam' Dia sahaja bertanya khabar saya dan berikan saya wang belanja RM1.500.  Maka kesimpulan sebanyak itu saya berlanja. Seorang kawan lagi bekas Setiausaha Politik kerana sibuk berkempen, onlinekan saya 500 malam tadi.

6. Kemarin saya whatsap talipon seorang Setiausaha Politik seorang Menteri. Saya  antara  yang berikan  sokongan kepada Menteri itu.  Saya mahu berjumpa dia kerana khabarnya dia berada di Pantai Timor. Di kawasan DUN Pantai Timur Sabah, saya telah diberi tahu akan di sapu bersih oleh Parti Warisan. Saya mahu berjumpa untuk dapat butirannya lagi.

7. Malangnnya setiausaha politik ini menjawab macam nak tak hendak. Saya bersabar.. Saya message lagi kerana kebetulan dia berada di Kota Kinabalu. Maka dia pun jawab macam tak berminat nak berjumpa saya. Saya pun tulis dengan jelas.. Saya bukan minta duit, saya nak jumpa sahaja. Kerana dengan latar belakang hampir 40 tahun mengenal politik Sabah. Saya akan buat kesimpulan menang atau tidak BN dan juga PN. Memproses dan memperbandingan maklumat adalah penting  bagi seorang penganalisa.

8. Saya ambil keputusan block nombor dia dan tidak mahu berhubung lagi. Kerana saya baru ingat manusia akan tetap berubah. Kita sebenarnya bukan apa-apa. Hanya  melukut di tepi gantang. Saya sedar diri. 

Maka dengan pendedahan ini, sebarang andaian saya di taja oleh sesaorang adalah tidak tepat. Saya tidak  ada dalam senarai nama atau di sebut dalam Mahkamah sebagai Laskar Upahan Rosmah Mansor. Dan di sini saya tidak berkempen untuk siapa.

Sang Kelembai

September 18, 2020

Kota Kinabalu.