Cytro BN mula rancang serang Pas?
Sokongan kepada parti PAS cuma di beberapa negeri sahaja .
Tujuan sebenarnya adalah untuk UmnoBN merampas kembali negeri Kelantan daripada penguasaan PAS selama 30 tahun lebih. Itulah tujuan serampang berpuluh mata yang dirancang secara sulit.
Gerakan untuk memberikan imej dimana pimpinan tertinggi PAS yang buruk, teruk dan hina dimainkan setiap hari serta kegagalan pemerintahan kerajaan PAS Kelantan terutamanya. Bagi Umno, PRU-15 adalah masa yang paling sesuai untuk UmnoBn merampas Kelantan daripada PAS dengan memberikan imej PAS yang paling buruk kepada pengundi dan perantau anak anak Kelantan.
Mengikut bancian terkini, lebih separuh perantau anak anak Kelantan yang dahulunya mengundi PAS mulai celik mata diatas kegagalan pemerintahan pentadbiran kerajaan PAS diKelantan, kegagalan RUU 355 untuk memperkasakan undang undang Syariah ( Hudud ) diKelantan, pergabungan tanpa segan silu parti PAS dengan Umno yang pemimpin Umno terbukti sekarang didapati bersalah diMahkamah dn dijatuhi hukuman berkenaan isu SRC dan 1MDB serta imej beberapa dan saman fitnah pemimpin PAS yang terkait dengan isu kontroversi.
Ini semua akan dijadikan asbab yang kukuh untuk Perantau Anak Anak Kelantan mulai menolak PAS ketika Pru-15 nanti setelah PAS diera Pru-14 tiada Asbab untuk Perantau Anak Anak Kelantan menolak PAS.
Itulah dimesdos….. kebanyakannya mengapa persoalan oleh ahli PAS yangmana PAS diserang sekian hebat dibandingkan dengan Umno.
Rupanya sasaran yang diimpikan adalah Kelantan.
Peluang yang perlu diambil oleh Amanah.. Husam dah nampak bagaimana ‘buah catur’ harus dimainkan..