Bung Mokhtar mengaku kalah.....

 

Tough going for Bung Moktar in seat negotiations

Assalamulaikum Semua Kepimpinan MT,Ketua-Ketua Bahagian dan Sahabat-Sahabat,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih di atas Bantuan dan Kerja kuat Rakan-Rakan & Jentera seluruh Malaysia yang membantu UMNO Sabah sepanjang PRN Sabah.

Walaupun saya Selaku Ketua Umno Sabah tidak berapa Gembira dengan Kemenangan yang BN Menangi,Tetapi Saya redha & Terima Ketentuan Allah dengan hanya 14 Kerusi saja yang kita Menangi di sebab kan beberapa Factor yang kita semua fahami.

Saya juga ingin Memaklumkan Berkenaan Jawatan Ketua Menteri,Umno Sabah Telah Menghantar Cadangan Ketua Menteri kepada TYT Sabah Semalam,Tetapi Memandangkan BN Hanya Menang 14 Kerusi manakala PN+ Menang 23 Kerusi,Pihak Kita terpaksa Menghormati demokrasi Parti Yang Menang Banyak Kerusi perlu Menjadi Ketua Menteri.

Saya juga ingin Memaklumkan.Semua Adun BN meminta pada Saya untuk menjadi Kerajaan dan mereka tidak sanggup jadi Pembangkang.

Saya Selaku Ketua Umno Sabah Terpaksa Menghormati Permintaan Mereka.

Saya Juga Ingin Mengambil Kesempatan untuk mengucapkan Terima Kasih Kepada Dato’ Seri Presiden yang telah bertungkus Lumus dari awal kempen dan sentiasa berkomunikasi dengan saya dan Naib-Naib Presiden dan serta SUA-SUA disini yang menyokong saya untuk menjadi Ketua Menteri Sabah sehingga saat-saat Akhir tetapi Saya Terpaksa Menerima Keputusan ini atas Permintaan UMNO SABAH.

Saya Harap Rakan semua tidak menyalahkan Presiden atau mana-mana pihak diatas perkara yang berlaku.Saya mengambil tanggung jawab atas apa yang berlaku di Sabah.

Umno Sabah tidak akan kemana tanpa Bantuan Presiden dan rakan-rakan yang lain dan Marilah kita bersama-sama Fokus PRU 15 yang Sudah Hampir.

Sekian.

Bung Moktar

Ketua Umno Sabah