Bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly berkata peruntukan Kementerian Kewangan dengan kerjasama Kementerian Pertanian bagi menangani isu FELDA yang terletak di bawah kementerian diterajui Azmin gagal dimanfaatkan oleh beliau. "Perancangan baik, kewangan yang diberikan juga baik, RM5 bilion peruntukan diberikan Kementerian Kewangan tetapi beliau gagal melaksanakan dan menunaikannya,” tegas Dr Dzulkefly dalam temubual dengan Malaysia Dateline.