Banyak akta, mengapa menteri air tidak kenakan dakwaan berat?
Sebenarnya dalam Malaysia ni memang BANYAK SANGAT peruntukan undang-undang untuk menghukum kesalahan pencemaran sungai ni.
Cumanya dari segi pelaksaan undang-undang dan pendakwaan oleh Kerajaan atau Kerajaan Tempatan dan samada hukuman yang diperuntukkan setimpal dengan kesalahan dan supaya kesalahan itu tidak berulang, itu yang dipersoalkan.
Berikut disenaraikan peruntukan undang-undang yang sediada untuk kesalahan menyebabkan pencemaran sungai di Malaysia;
- Seksyen 277 Kanun Kesiksaan – Kesalahan mengotorkan sesuatu matair atau kolam air awam. Hukuman penjara tidak lebih 3 bulan atau denda tidak lebih RM 1,000 atau kedua-duanya.
- Seksyen 268 Kanun Kesiksaan – Kesalahan melakukan kacau ganggu awam. Hukuman denda tidak lebih RM 400.
- Seksyen 430 Kanun Kesiksaan – Kesalahan mendatangkan khianat dengan membencanakan perjalanan taliair sehingga menyebabkan susut bekalan air. Hukuman penjara tidak melebihi 5 tahun dan denda atau kedua-duanya.
- Seksyen 69 Akta Kerajaan Tempatan 1976 – Kesalahan melakukan kacau ganggu anak sungai. Hukuman denda tidak lebih RM 2,000 atau penjara tidak lebih 1 tahun atau kedua-duanya. Dan denda tambahan tidak lebih RM 500 setiap hari dari hari disabitkan kesalahan jika kesalahan diteruskan.
- Seksyen 70 Akta Kerajaan Tempatan 1976 – Kesalahan pencemaran anak sungai dengan sampah perdagangan. Hukuman denda tidak lebih RM 5,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya. Dan denda tambahan tidak lebih RM 500 setiap hari dari hari disabitkan kesalahan jika kesalahan diteruskan.
- Seksyen 121 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 – Kesalahan mencemarkan mana-mana alur air dengan apa-apa bahan (kalau bukan untuk menyebabkan kematian) berkemungkinan membahayakan nyawa mana-mana orang. Hukuman denda tidak melebihi RM 100,000 atau penjara tidak lebih 1 tahun atau kedua-duanya.
- Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 – Kesalahan melepaskan benda berbahaya kepada alam sekeliling ke dalam mana-mana perairan daratan. Hukuman denda tidak lebih RM 100,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Dan denda tambahan tidak lebih RM 1,000 sehari untuk kesalahan yang diteruskan dari hari disabitkan kesalahan.
So dalam kes Syarikat Yip Chee Seng and Sons dan AAY Construction Sdn Bhd ni, apa masalah dia?
MASALAHNYA SYARIKAT INI HANYA DIKOMPOUN TETAPI TIDAK PERNAH DIBAWA KEPADA PENDAKWAAN DI MAHKAMAH WALAU PUN PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG PUNYALAH BANYAK.
SEBAB TU DIA BUAT BODOH JE WALAUPUN DIKOMPOUN RM 60,000 DAN MASIH MELAKUKAN KESALAHAN BERULANG, SEBAB KOMPOUN BOLEH DIBAYAR DAN SETTLED.