Kelmarin saya round-round di Sook, Klias, Matunggong, Tempasuk,
Tamparuli, Api-Api dan Inanam untuk berkempen bersama calon-calon kita dari
KEADILAN.
Jutaan penghargaan buat rakyat Sabah terutamanya kepada mereka
yang turut memberikan sokongan padu dan dukungan hebat sepanjang siri jelajah
saya.
Saya begitu tersentuh dengan perpaduan antara kaum dan suku kaum
yang sangat bersatu hati di sana, serta kesatuan mereka dalam membawa
agenda/misi perubahan.
Atas semangat yang sama saya menggesa rakyat di Semenanjung
untuk meneladani sikap toleransi mereka antara kaum. Dari sibukkan diri dengan
mencari titik perbezaan dan perbalahan, adalah lebih baik kita sama sama cari
titik persamaan dan pastikan Malaysia ini kekal toleransi dan terus menerus
menjaga kerukunan.
Saya turut berdukacita memikirkan khazanah dan hasil bumi Sabah
yang begitu pelbagai namun nasib rakyat di pedalaman yang masih hidup dalam
keadaan yang daif dan melarat. Ini sangat tidak munasabah dan tidak boleh
diterima sama sekali.
Bersempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia yang lalu, saya sebut
dalam perutusan saya bahawa rakyat Sabah dan Sarawak harus dilihat, malah
diiktiraf sama rata dalam pelbagai aspek, terutama aspek pembangunan.
Mereka bukan orang asing tapi adalah saudara dan rakan kita
dalam membina Malaysia yang menjanjikan kesaksamaan dan keadilan.
Ayuh, bersama kita angkat agenda reformasi, dan ini bermakna
menolak politik sogok dan perkauman di Malaysia, terutamanya di Sabah. Lawan
tetap lawan!
https://www.facebook.com/16194831839/posts/10160967170646840/?extid=P2VSCS4OvjJLbb2I&d=n