Ahli Parlimen PKR di Malaysia Timur dikatakan mendapat arahan
hari ini untuk bertolak ke Kuala Lumpur “untuk membuat persiapan”, lapor akhbar
Sin Chew.
Walaupun laporan itu tidak menyebut persiapan apa, dipercayai ia
berkaitan dengan Istana Negara membenarkan Presiden PKR, Anwar Ibrahim,
menghadap Agong.
Anwar sebelum ini mendakwa mendapat sokongan “kukuh” dan “meyakinkan” daripada ahli Parlimen pelbagai parti untuk membentuk kerajaan.