Jangan cat masjid dengan warna parti
Miqdad Zakaria
Ana teringat kepada seorang anak murid yang pernah belajar mengaji Quran dengan ana dulu..
Dia pernah tanya..
“Kenapa selepas berhijrah ke parti AMANAH langsung ana tidak datang solat di masjid dan surau PAS..?”
Di antara jawapan ana kepada beliau yang ana ingat ialah..
“Ana tidak akan campur urusan akidah dan ibadat dengan barang ciptaan manusia..”
Dia tanya lagi “kenapa..? “
ana jawab..
“Urusan akidah dan ibadat adalah asas agama kita yang perlu kita jaga betul².. Jangan sesekali kita rosakkan dua simpulan itu dengan benda dunia..”
Dia masih belum faham tentang perkara dunia yang ana maksudkan..
Lalu dia bertanya lagi.. “apa perkara dunia itu..?”
Ana jawab..
“Perkara dunia yang ada di masjid dan surau PAS adalah sengaja memilih warna tempat ibadat mereka dengan warna bendera mereka.. Bukan itu sahaja, bahkan ada yang buat ceramah parti politik mereka dalam masjid dan surau.. “
Itulah di antara perkongsian ana dengan dia satu ketika dulu..
Hari ini Alhamdulillah.. Bila bertemu, beliau akui apa yang ana perkatakan itu adalah benar..
Wahai sekelian penganut fahaman PAS..
Sesungguhnya rumah Allah itu ada haknya yang perlu dijaga.. Jangan sesekali kamu memperalatkan rumah Allah kerana semata² ingin mendapat sokongan kepada kamu..!
Ingatlah..
Mengecat rumah Allah dengan warna parti kamu adalah haram.. Berkeyakinan bahawa solat di tempat kamu sahaja yang paling afdhal adalah sesat..
Oleh itu..
Bertaubatlah.. Kembalilah kepada agama Islam yang sebenar.. Agama yang suci dari nafsu dan dendam makhluk yang bergelar manusia..
Sekian..