Tak perlu Shafie, Anwar mampu jadi PMOleh: Redzuan RF8 Media
Spekulasi sokongan DAP beralih kepada Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri (PM) sekiranya Pakahan Harapan (PH) ingin mengambilalih pemerintahan negara dimatikan dengan jawapan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.
Anwar menegaskan jawapan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kepada wartawan Free Malaysia Today (FMT) berupa pilihan kedua sekiranya PH yang dipengerusikan beliau gagal mendapat bilangan kerusi mencukupi, bukan memberi gambaran DAP beralih sokongan.
“Dia (Lim) beri pandangan. Tak apa kita dengar pandangan, tak ada masalah.
“Tetapi pandangan itu…. dia beri laluan untuk saya (menjadi PM)… dan kalau saya tak boleh (barulah Shafie).
“Jawapan saya, saya boleh. InshaAllah,” katanya usai program kempen calon Pilihan Raya Negeri Sabah di DUN Api-Api semalam.
Pada 19 Septeber lalu, FMT menyiarkan wawancara bersama Lim Guan Eng yang memuatkan jawapan beliau bahawa calon utama sebagai PM Pakatan Harapan adalah Anwar. Sekiranya sokongan tidak mencukupi maka Shafie dipertimbangkan untuk disokong sebagai PM pertama dari Malaysia Timur.
Jawapan itu menerbitkan spekulasi DAP telah mengenepikan Anwar sebagai calon PM dari PH.