TINTA MERAH
Ayuh Rakyat Kelantan & Perantau Kita Tukar PAS :
Dalil dah hujah kenapa rakyat Kelantan Wajib tukar kerajaan Pas
kepada BN/ Umno.
PAS diawalnya cukup manis, merdu dan lembut alunan suara tarinya
sehinggakan ramai yang asyik dan tergoda. Sekarang, Hadi sebagai Presiden Pas,
cukup bernafsu tergilakan jawatan Menteri Kabinet dan Timbalan Perdana Menteri.
Sebab dan Asbab mengapa dan kenapa rakyat Kelantan Wajib untuk
menukar PAS ;
1. Janji Pelaksanaan hukum Hudud diKelantan - Pas dizaman
kempimpinan Hadi sekarang terbukti telah melacurkan hukum Hudud dan RUU 355
sepertimana penjelasan Hadi di prk Tanjung Piai bahawa Hudud mustahil dapat
dilaksanakan di Malaysia kerana faktor masyarakat majmuk. Sememangnya
masyarakat majmuk berbilang kaum dengan pola Melayu & Bumiputera 62% , Cina
25% dan India 6.8% daripada keseluruhan 32juta rakyat Malaysia yang ada
diMalaysia dan akan wujud sehingga ke hari kiamat.
Untuk rekod juga, DUN Kelantan sudah 3 kali dengan perkenan
Tuanku Sultan Kelantan meluluskan RUU 355 untuk dibawa ke parlimen untuk
dibentangkan.
Namun Hadi telahpun sebanyak 3 kali menangguhkan perbentangan
RUU 355 usul persendirian diparlimen dengan tiada sebab dan alasan. Ruang
pembentangan diParlimen telah diberikan oleh BN dan sekutu pembangkang PAS pada
waktu itu tanpa ada bangkangan daripada DAP & PKR.
Terkini , Timbalan Menteri Agama daripada PAS sendiri iaitu
Ahmad Marzuk Shaary wakil rakyat parlimen di Pengkalan Chepa Kelantan
mengatakan secara bertulis didalam parlimen bahawasanya RUU355 yang ingin
diubah adalah bercanggah dan bertentangan dengan Perlembagaan Negara Malaysia,
hakikatnya sememangnya Perlembagaan Negara Malaysia adalah diwarisi daripada
Penjajah Toghut British.
Setelah PAS menjadi kerajaan memerintah kalian ada mendengar
pemimpin PAS atau Menteri Undang Undang iaitu Takiyuddin Hassan juga wakil
rakyat Parlimen Kota Bharu, Kelantan ingin membentangkan semula diParlimen
sebagai wakil daripada Kerajaan ?
2. Janji Air Paip Bersih - PAS berjanji kepada rakyat Kelantan
iaitu mulai tahun 1995, setelah memerintah Kelantan selama 2 penggal untuk
mengantikan kesemua paip paip air yang telah berkarat usang dizaman Umno
digantikan dengan paip yang baru dan berkualiti serta pembinaan tangki air
secara bersepadu dibandar Kota Bharu dan diKelantan. Kontrak asal ratusan juta
ringgit air ini telah diberikan kepada pihak syarikat luar negara yang
berkelayakan pada asalnya atas nasihat Istana Kelantan namun akibat sesetengah
pihak dalam PAS yang tamak untuk menguasai pengurusan air diKelantan maka
kerajaan negeri menubuhkan Air Kelantan Sdn Bhd walaupun kerajaan negeri tiada
pengalaman.
Sehingga kini syarikat yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri ini
tidak pernah mencatatkan keuntungan. Apatah lagi air yang dibekalkan juga
seperti air kencing dan selalu keluar angin menerusi paip paip air berkarat
yang lama.
Masalah ini diakui sendiri oleh Menteri Alam Sekitar daripada
PAS , Tuan Ibrahim Tuan Man iaitu wakil rakyat parlimen Kubang Kerian, Kelantan
, memberitahu wartawan semasa perjumpaan rasmi dengan MB Kelantan bahawa
kerajaan Negeri PAS Kelantan memerlukan masa sehingga 30 hingga 40 tahun lagi
untuk selesaikan masalah air paip berkarat ini.
Hmmm...rupanya Kelantan dibawah pemerintahan PAS masih dizaman
awal awal negara kita mendapat Kemerdekaan atau dizaman 70an rupanya untuk
mengantikan serta menyediakan kemudahan asas seperti paip paip air bersih
terawat.
Tanyalah perkara ini kepada rakyat Kelantan, melainkan setelah
lama menunggu paip paip daripada AKSB ditukar namun tiada kesudahan maka
kebanyakannya rumah milik rakyat kelantan telah menggunakan tangki simpanan
sendiri serta mengunakan kaedah telaga Boring dan generator elektrik.
Di Kelantan sahaja negeri yang tidak memerlukan atau diberi
kelonggaran,dimana tiada pihak berkuasa 'Air' seperti dinegeri lain untuk
memberikan sokongan kelulusan pelan bangunan dan CCC kepada rumah rumah yang
dibina diKelantan...cuma kelulusan TNB sahaja diperlukan daripada pihak berkuasa.
Kebanyakannya 90% rumah rumah diKelantan tiada meter air.
Hebatt bukann... disebabkan hebat sebeginilah pembangunan
ekonomi dan bidang bidang lain seperti perhotelan, perkilangan dan lain lain
diKelantan terbantut.
Malah satu satunya hotel 6 bintang, Rennaisance Kota Bharu yang
Gah suatu masa dahulu, yang ada di tengah bandar Kota Bharu telah bungkus
akibat masalah air dan tiada sambutan yang baik serta ketiadaan bantuan
daripada kerajaan negeri dalam membantu sektor perhotelan dan pelancongan juga
akibat dasar kerajaan negeri PAS yang jumud dan menutup pintu.
Sehinggakan data terkini Menteri Hal Ehwal Ekonomi iaitu Radzi
Jidin, senator dari Kelantan pada tahun 2019 menyatakan Kelantan antara negeri
paling termiskin di Malaysia selepas Sabah dan Sarawak.
Hakikatnya, Sabah dan Sarawak miskin akibat faktor bentuk muka
buminya / geography serta faktor kepulauan Borneo.....
Sedangkan Kelantan menjadi lebih miskin daripada negeri Perlis
yang tiada apa apa untuk ditawarkan dan dibangunkan, sungguh ajaib bukan.
3. Janji Lebuhraya Rakyat - Asalnya Lebuh Raya Kota Bharu ke
Kuala Krai ini adalah projek milik Kerajaan Persekutuan dan BN Kelantan.
Setelah Umno tumpas pada tahun 1990 maka pembinaan tertangguh.
Demi janji Pas Kelantan untuk memenangi hati pengundi rakyat
Kelantan dan perantau Kelantan maka PAS telah berjanji kepada rakyat Kelantan
semasa pru-13 jika mengundi PAS, maka PAS akan melaksanakannya sekaligus bagi
mengurangkan kesesakan lalulintas akibat terkandas sehingga 4 hingga 5 jam
setiap kali tiba waktu musim perayaan.
Akhirnya kerajaan negeri PAS tidak berdaya untuk melaksanakan
serta membina Lebuhraya Rakyat ini.
Pembinaan Lebuhraya Rakyat ini telah diambil alih oleh kerajaan
Persekutuan dengan fasa pertama pembinaan telah siap sehingga wakaf Che Yeh ke
Kadok dan ketereh.
Jika harapkan PAS setakat papan tanda projek aje yang mampu
dibina...paroppppsss sengoti...ginihh..
4. Tanah Percuma 2 ekar kepada Persara Tentera - Antara janji
PAS kelantan semasa PRU. Janji PAS ini adalah bagi menarik pengundi dikalangan
anggota ATM - PAS gagal tunai janji.
5. Rumah Mampu Milik berharga rm35,000 sebuah Kepada Rakyat
Miskin Kelantan. Sehingga kini sebiji rumah mampu milik tersebut tidak nampak
tiangnya. PAS gagal tunai janji.
6. Menyediakan Lebih banyak Peluang Pekerjaan diKelantan - Dalam
isu ini sememangnya PAS gagal menyediakan peluang pekerjaan diKelantan, tarikan
pelabur untuk membuka kilang kilang diKelantan, lantaran itu ramai perantau
Kelantan keluar mencari rezeki dinegeri lain. Sehinggakan pada musim perayaan
utama sahaja, berjuta perantau kelantan pulang ke Kelantan untuk berhari raya -
PAS gagal tunai janji.
7. Bantuan Bulanan Rm100 Kepada Warga Emas - tiada bantuan
diberikan Pas kelantan sehingga kini. PAS gagal tunai janji.
8. Menghapuskan Bayaran Tempat letak kenderaan - Antara janji
PAS semasa Pru-13 dan Pru-14. Malah PAS telah mengunci/ kepit tayar kereta yang
parkir di kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu seperti yang viral sebelumnya -
PAS gagal tunai janji.
9. Menghapuskan Cukai Pintu . Ini juga manifesto PAS yang
dijanjikan kepada pengundi rakyat dan perantau Kelantan akibat serangan yang
hebat dilakukan oleh UMNO Kelantan untuk merampas Kelantan melalui gerakan
Gelombang Biru dikala PAS cuma berbeza satu kerusi DUN sahaja.
Namun sehingga kini Cukai Pintu masih ada dan dinaikkan kadarnya
kepada rakyat Kelantan - PAS gagal tunai janji.
10. Saguhati sebanyak rm10,000 kepada setiap keluarga akibat
Bencana Alam dan Kematian ahli Keluarga - PAS gagal tunai janji.
11. Tiada kenaikan Cukai / Premium Tanah - Pas gagal tepati
janji semasa PRU, malah janji PAS dicapati apabila mula menaikkan kadar cukai
premium tanah secara diam diam kepada pemilik tanah tanpa ada hebahan rasmi
selepas Pru-13 & Pru-14. PAS gagal tunai janji.
12. Penghapusan Cukai Bakul - Pas gagal dalam isu ini untuk
menolong rakyat Kelantan yang berniaga dipasar malam sepertimana janji PAS
semasa Pru. PAS gagal tunai janji.
13. Janji Tiada Kenaikan kadar kos Urusan Tanah - Setelah lebuh
raya rakyat diambil alih oleh kerajaan pusat, maka Pas Kelantan telah menaikkan
kadar antara 20% sehingga 500% bayaran urusan seperti carian rasmi drpd rm80
kpd rm120, gadaian pinjaman perumahan drp rm370 kpd rm2000, pendaftran PA drp
rm200 kpd rm500, salinan geran tanah drp rm60 kpd rm80, daftar pindah milik drp
rm180 kpd rm250. Akibat ketiadaan hasil lain maka PAS telah menekan rakyat
kelantan melalui kenaikan secara diam diam tanpa hebahan dan persetujuan
daripada rakyat Kelantan. PAS gagal tunai janji.
14. Jambatan Palekbang & Penambang - Projek jambatan ini
telah janjikan pada tahun 1995 sebagai usaha kerajaan negeri mempercepatkan
jarak perjalanan antara Bandar Kota Bharu dengan Kampung Laut, Palekbang, Pasir
Mas, Tumpat dan sekitarnya serta bagi mengurangkan kesesakan lalulintas
diJambatan Sultan Yahya Petra. Ia dimasukkan kedalam Manifesto rasmi PAS semasa
Pru-10 pada tahun 1999 sebagai projek mega kerajaan PAS Kelantan untuk
memenangi hati pengundi rakyat Kelantan pada tahun 1999.
Pada tahun 2004 PAS telah menjemput Sultan Kelantan merasmikan
perletakan batu asas projek Jambatan tersebut.
Ajaibnya sehingga ke hari ini, walaupun Sultan Kelantan telah
bertukar Takhta Namun sebatang tiang jambatan pun belum mampu Kerajaan PAS
Kelantan membinanya, cuma batu asas konkrit sahaja yang kerajaan Pas Kelantan
mampu membinanya. PAS gagal tunai janji.
Akhirnya kerajaan PH juga yang membantu membina jambatan
tersebut sepertimana 5 projek ECER diKelantan yang telah diluluskan kosnya oleh
kerajaan PH.
15. Bandar Baru Pengkalan kubur -PAS gagal tunai janji.
16 . Bandar Baru Pulai Chodong - PAS gagal tunai janji.
17. Bandar Baru Rantau Panjang - PAS gagal tunai janji.
18. Bandar Baru Bachok - PAS gagal tunai janji.
19. Bandar Baru Islam Tok Bali seluas 140 hektar - PAS gagal
tunai janji.
20. Bandar Baru Wakaf Mek Zainab - PAS gagal tunai janji.
21. Bandar Baru Tunjong seluas 2000 ekar gagal dibangunkan. Kes
Saman mahkamah kerana gagak ikut perjanjian -PAS gagal tunai janji.
22. Projek Airport City diPengkalan Chepa seluas 200 ekar. PAS
gagal tunai janji.
23. Projek Kandis Eco Tourism di Bachok seluas 7 ekar. PAS gagal
tunai janji.
24. Projek Kelantan Biotech corp. di lojing - PAS gagal tunai
janji.
25. Projek Bachok Perdana seluas 10 hektar - PAS gagal tunai
janji.
26. Projek Solar Park Danau Tok Uban di Pasir Mas - PAS gagal
tunai janji.
27. Pembinaan Stadium Baru diTunjong dan Bukit Merbau - PAS
gagal tunai janji.
28. Pembinaan Tebatan Banjir di Sungai Kelantan bagi
mengurangkan fenomena banjir sepertimana pihak Thailand telah siap membinanya -
PAS gagal tunai janji.
29. Pelabuhan Pantai Seri Tujuh diTumpat - PAS gagal tunai
janji.
30. Projek AFTA City di Rantau Panjang - PAS gagal tunai janji.
31. Projek Bazar Tok Guru - walaupun sudah siap tapi tiada
penyewa yang menyewa.
32. Projek Madhinatur Raudhah di Kota Bharu - PAS gagal tunai
janji.
33. Projek MPKB Highrise Tower diatas tapak asal Pasar Malam
Parit Dalam - PAS gagal tunai janji.
34. Projek Batutta Villa di Telipot - PAS gagal tunai janji.
35. Masjid Baru Tunjong - PAS gagal tunai janji.
36. Masjid Baru Kampung Sireh - PAS gagal tunai janji.
PAS gagal tunai janji.
37. Masjid Baru Tok Bali - PAS gagal tunai janji.
38. Janji Pemberian WIFI percuma kepada rakyat Kelantan -PAS
gagal tunai janji.
39. Janji Pendidikan Percuma kepada rakyat Kelantan - PAS gagal
tunai janji.
40. Janji Bas sekolah percuma kepada setiap keluarga miskin -
PAS gagal tunai janji.
41. Melupuskan hutang PTPTN - PAS gagal tunai janji.
42. Memberikan bantuan one off rm2000 kepada setiap wanita
sebagai modal perniagaan - PAS gagal tunai janji.
43. Memberikan bantuan pinjaman wang ringgit dan tiada cukai
eksais bagi pembelian kereta pertama dibawah 1.3liter - PAS gagal tunai janji.
44. Mengurangkan harga rumah mampu milik diantara harga antara
rm50 ribu sehingga rm180 ribu. ( Harga asal rm 200 ribu hingga rm350 ribu ) -
PAS gagal tunai janji.
45. Membuka semula rancangan pembangunan tanah kepada golongan
muda sebagai satu usaha memilik tanah kerajaan negeri melalui bidang pertanian
- PAS gagal tunai janji.
46. Membangunkan penempatan baru mampu milik untuk generasi ke2
dan ke3 warga FELDA - PAS gagal tunai janji.
47. Memberikan bantuan makanan asasi kepada golongan miskin
secara tetap bulanan -
PAS gagal tunai janji.
48. Mewujudkan pentadbiran Malaysia yang bebas rasuah selaras
dengan tuntutan syarak menerusi konsep tadbir urus berkonsepkan Ubudiyah,
Mas'uliyyah dan itqan ( UMI ) - PAS gagal tunai janji.
49. Menyemak kembali nisbah anggota keselamatan berbanding
populasi setempat untuk mengurangkan kadar jenayah setempat -
PAS gagal tunai janji.
50. Mestrukturkan semula kadar bayaran TOL untuk mengurangkan
kos hidup rakyat menerusi semakan semula perjanjian konsesi TOL yang melebihi
15 tahun -PAS gagal tunai janji.
51. Membina Hospital Pakar baru selaras dengan nisbah penduduk
sepertimana yag disarankan oleh PBB - PAS gagal tunai janji.
Lihatlah janji janji PAS wahai mereka yang celik dan tidak
pekak, satu pun janji PAS diatas PAS tidak mampu laksanakan dan ditunaikan
sehingga ke hari ini.
Sedangkan janji Janji manifesto Kerajaan terdahulu seperti
kerajaan BN dan PH separuhnya telah dilaksanakan ..
Gelaran raja "Hanceng" sebenarnya adalah milik PAS sejak berpuluh tahun lamannya.
TINTA MERAH .