Tindakan Menteri Perumahan dan
Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yang tidak mahu mengaku terdapat projek
runding terus ternyata terkena balik kepada dirinya sendiri.
Ini selepas pendedahan Menteri
Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Aziz berhubung 101 projek dibawah pentadbiran
Pakatan Harapan (PH) menunjukkan bahawa terdapat dua projek runding terus
dibawah kementerian yang diterajui Zuraida.
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu,
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pendedahan tersebut tidak
memberikan kesan besar kepada PH, sebaliknya kepada menteri pengkhianat.
Malah, beliau mengakui memang
terdapat projek runding terus ketika berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), tidak seperti Zuraida.
"Amaun peruntukan projek
runding terus dari kementerian di bawah Zuraida ialah RM170 juta iaitu projek
yang berkaitan dengan sampah dan kemudian projek itu diberikan kepada satu lagi
syarikat bernilai RM120 juta. Tapi dia kata dia tak tahu menahu.
"Dalam pendedahan itu,
terdapat projek yang melibatkan KPDNHEP bernilai RM160 juta iaitu promosi dan
kempen beli barangan buatan Malaysia dengan menggunakan Airasia yang
menerbangkan 100 juta penumpang setahun, itu sememangnya dalam pengetahuan
saya.
"Kalau RM170 juta tidak
ada dalam pengetahuan Zuraida, dan dia kata baru nak siasat, sah dia tidur.
"Pendedahan itu ternyata
sebenarnya tak mensasarkan kita sangat tapi kepada menteri pengkhianat,"
katanya.