TAKIRI HANYA DI DENDA RM 1 RIBU .. TAKIRI TELAH CEMARKAN MARUAH KKM !!


Aku simpati dengan Dr Noor Hisham.. Dia ni cukup amanah, Cukup baik dan cemerlang memimpin KKM.. Nama baik dia dicemarkan bukan non Muslim, tetapi orang Agama dari kalangan orang Politik kerajaan tebuk Atap..

Faham tak kenapa Takiri kata, Tunggu kenyataan dan jawapan KKM, Apakah Takiri dah kowtim atau dah tahu dia hanya bakal di denda hanya RM 1 ribu..Dia begitu yakin semalam dengan katanya tunggu KKM buat kenyataan..

maknanya kenyataan Takiri semalam telah kantoikan diri sendiri dengan jawapan KKM sendiri hari ini.. Kalau Takiri kata tunggu jawapan pihak berkuasa dan mahkamah takpa lagi..Dia kata tunggu jawapan KKM..

Kenapa Takiri tak dibicarakan di Mahkamah seperti makcik tudung Pink yang didenda RM 8 ribu dan sehari penjara, Mamak Sivagangga yang didenda 12 ribu dan penjara 5 bulan dan juruteknik dan tentera..hatta Suri rumah yang didakwa dan dipenjarakan 5 hari hanya kerana menjaga ibunya di pusat jagaan orang tua... Kenapa Menteri di lepas kan...

Kisah Takiri ini mirip satu kisah wanita kalangan Bangsawan yang dituduh mencuri.. lalu dia berjumpa dengan Usamah bin Zaid, orang yang paling disukai dan paling rapat dengan  Rasulullah ﷺ.. dengan harapan Usamah dapat menolongnya diberikan keringanan hukuman..

Bia mendengar rayuan Usamah itu.. Maka merahlah muka Nabi kemarahan.. Lalu Nabi ﷺ bersabda..

أَتَشْفَعُ فِي حَدٍّ مِنْ حُدُودِ اللهِ

“Apakah kamu hendak meminta syafaat terhadap hukuman dari Allah (yang telah ditetapkan)?”

Lalu Nabi ﷺ Bangun dan berdiri di mimbar Khutbah lalu Nabi Ucapkan ungkapan ini sebagai Pedoman sekalian Manusia..hatta dalam kehidupan kita hari ini....

Lalu Nabi  ﷺ berdiri dan berkhutbah , setelah memuji Allah dengan pujian yang layak untuk-Nya, baginda ﷺ bersabda:

« فَإِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عَلَيْهِ الْحَدَّ

وَإِنِّي وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا»

“ Sesungguhnya yang membinasakan orang-orang sebelum kalian adalah apabila ada orang yang dihormati (terhormat) dari mereka mencuri, maka mereka pun membiarkannya. Namun jika ada orang yang lemah dan hina di antara mereka ditangkap kerana mencuri, maka dengan segera mereka melaksanakan hukuman ke atasnya.

Demi Zat yang jiwaku berada tangan-Nya, sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, sungguh aku sendiri yang akan memotong tangannya.”

Jadi apa apa yang diperlihatkan dihadapan kita hari ini menepati apa yang diucapkan Nabi ﷺ lebih seribu tahun dulu.. hukuman yang dikenakan kepada rakyat Marhaen, berbeza dengan kelompok sang penguasa dan Menteri...  Takiri telah mendapat Syafaat dari KKM hanya kerana kedudukannya sebagai Menteri..

Jadi tidak kah kita nampak hikmah disebalik tertubuhnya Kerajaan tebuk atap dan Khianat ini.. Allah zahirkan dihadapan kita... yang rosakkan nama agama ini datang dari orang Agama sendiri.. Mereka inilah yang memburukkan wajah Islam..

Bukan kah benar kata Nabi ﷺ, Lebih aku takutkan Ulama Jahat ini lebih dari Dajjal.. :)

Ipohmali

22 Ogos 2020