Jaringan Demokrasi Sosial di Asia (SocDem Asia) yang merupakan rangkaian parti politik demokratik sosial dan progresif serta anggota Progressive Alliance, mengecam penahanan yang dilakukan baru-baru ini oleh pihak berkuasa Malaysia terhadap pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Guan Eng. Jelas sekali penahananan tersebut didorong oleh tujuan politik dan merupakan sebahagian daripada usaha keseluruhan pemerintah untuk mendiamkan pembangkang yang demokratik.
Kami bersolidariti dengan parti saudara kami, DAP dalam memperjuangkan ketelusan, keadilan dan kemajuan untuk Malaysia.
Penahanan Lim Guan Eng berlaku pada petang hari Khamis, 6 Ogos berdasarkan kepada tuduhan yang serupa dengan tuduhan yang sebelum ini telahpun dibatalkan oleh badan kehakiman. Jelas bahawa penangkapan ini bersifat pendakwaan politik.
Kes ini merupakan usaha berterusan untuk menyahkredit Pakatan Harapan (PH), pakatan parti demokratik di negara ini yang dipilih oleh rakyat Malaysia pada tahun 2018. Kami bimbang bahawa penangkapan pemimpin tinggi PH yang lain dilakukan dengan objektif untuk menjadikan pemimpin pembangkang tidak dapat bertanding pada pilihan raya yang dikhabarkan bakal berlangsung.
Sekiranya usaha pihak berkuasa sekarang berhasil, segala reformasi yang telah diusahakan oleh pemerintah PH sebelum ini akan menjadi sia-sia. Mereka juga akan memastikan bahawa mana mana kuasa politik yang tidak selaras dan sehaluan dengan mereka tidak akan kembali ke pemerintahan.
Adalah menyedihkan bagaimana mandat yang diberikan oleh pengundi pada tahun 2018 untuk pemerintahan yang bersih, mencerminkan suara rakyat, dan dipilih secara demokratik telah digulingkan sejak rampasan kuasa oleh gabungan pemerintah yang ada sekarang (gabungan sisa-sisa mesin politik UMNO, oportunis politik, dan reaksioner unsur politik Malaysia) kebelakangan inj.
Kami menggesa rakyat Malaysia dan pembangkang demokratik untuk merapatkan barisan dan tetap waspada terhadap sebarang serangan terhadap kebebasan sivil. Lebih menyedihkan apabila tragedi ini berlaku kurang dari tiga tahun sejak rakyat Malaysia berjaya mengusir rejim korup bekas Perdana Menteri Najib Razak keluar dari pejabat kerajaan. Pemerintah yang berkuasa kini jelas sekali tiada sebarang keraguan untuk meniru taktik pelecehan dan intimidasi politik yang sama dilakukan oleh kerajaan pimpinan UMNO yang korup.