RM6 bilion kontrak: Kantoi Menteri Kewangan enggan dedah penerima
Adakah Menteri Kewangan Tengku Zafrul cuba meniru taktik Noh Omar yg sebelum ini Noh Omar kantoi tidak berani nak dedahkan secara telus terperinci berkaitan jawatan GLC di zaman PH.
Kini Menteri Kewangan Tengku Zafrul cuba dakwa PH sejumlah 101 projek rundingan terus bernilai RM6.61 bilion TANPA MENDEDAHKAN SECARA TERPERINCI DI DALAM DEWAN RAKYAT.
Bila diminta senaraikan perjelaskan satu persatu 101 projek tersebut Noh Omar & Azeez Rahim cuba mengganggu…
Jangan pula nanti beliau cuba mengelak atau tidak berani mengeluarkan senarai penuh dan akhirnya isu ini senyap begitu saja spt kes NOH UDANG TUDUH PH BERKAITAN JAWATAN DLM GLC… NAMPAK TAK !!
𝗧𝗔𝗛𝗨𝗞𝗔𝗛 𝗔𝗡𝗗𝗔.. Setelah disemak dgn mantan KSP ketika PH menjadi Kerajaan Persekutuan, Tan Sri Ahmad Badri bin Hj Zahir tidak tahu menahu mengenai RM6.61 billion dibayar kpd 101 buah syarikat. Sedangkan kuasa membayar pd tgn KSP dan bukan Menteri.
Jelas Kerajaan PN melalui Tg Zafrul telah BERBOHONG dalam Parlimen demi utk kaleh isu Kantoi Menteri PAS gagal kuarantin diri..
Kesalahan Berbohong dalam parlimen adalah kesalahan serious
Projek rundingan terus zaman PH adalah dari 𝗠𝗜𝗡𝗗𝗘𝗙 & 𝗞𝗗𝗡 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗹𝗶𝗯𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮.
Ini telah mengikut kriteria yang dibenarkan dan amalan standard iaitu:
- Untuk keperluan yang mendesak.
- Mestilah satu syarikat sahaja.
- Syarikat tu mesti bumiputera dan layak.
𝗠𝗢𝗙 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗽𝗿𝗼𝗷𝗲𝗸 𝗿𝘂𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗕𝗡, 𝗣𝗛 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗡? Biar kita tengok sama-sama
Kenyataan Lim Guan Eng:
YB Menteri Kewangan sebut Kementerian Kewangan zaman PH luluskan 101 projek secara langsung (direct award) bernilai RM6.6 bilion dalam tempoh 22 bulan. Ataupun RM 65.3 juta secara purata setiap projek.
Kerajaan PH mengamalkan tender terbuka, tetapi pengecualian diberikan tertakluk kepada syarat tertentu seperti perolehan masa krisis atau bencana alam, perolehan yang berkepentingan nasional dan melibatkan keselamatan negara, kepakaran khusus yang diperlukan dan sebagainya. Tambahan pula, ia melibatkan keputusan Kabinet. Semua prosedur dipatuhi.
Menteri Kewangan dicabar dedahkan senarai penuh tender secara langsung (direct award) oleh PH, PN dan BN. Jangan sembunyi dan sorok-sorok. Kita tengok nanti siapa yang kantoi. Tengok kroni-kroni siapa yang dapat projek.
Atau takut kalau terbongkar nanti bahawa YAB Perdana Menteri dan Menteri-menteri “Pengkhianat” pun ada minta tender “direct award” daripada saya semasa menjadi Menteri Kewangan. Jangan suka baling batu sembunyi tangan. Berani kerana benar.