Pilihan Raya
Kecil (PRK) DUN Slim di Perak mungkin mencatat kontroversi apabila Pakatan
Harapan (PH) tidak bertanding sebaliknya menyerahkan kerusi berkenaan kepada
Parti Pejuang Tanah Air yang belum didaftarkan.
Terdapat
pihak yang terkilan dengan keputusan itu namun menyerahkan DUN kubu kuat Umno
kepada parti Tun Mahathir dengan tujuan menjimatkan dana untuk menghadapi
Pilihan Raya Negeri Sabah yang lebih mencabar adalah strategi yang bijak.
Bagaimanapun,
penyokong mempersoalkan mengapakah pemimpin ketiga-tiga komponen PH hadir dalam
majlis memperkenalkan calon Pejuang pada 12 Ogos lalu.
Bagi Naib
Presiden KEADILAN, Chang Lih Kang, prinsip PH mudah, gabungan itu akan
menyokong sesiapa sahaja yang menentang kebobrokan kerajaan 'tebuk atap'
Perikatan Nasional dalam mana-mana pilihan raya.
"Kita
menyokong calon-calon yang menentang PN. Itu kedudukan kita secara rasmi (di
Slim)
"Kita
tolong kempen. Bila ada masa sesuai kami akan meluangkan masa untuk berkempen.
Cuma sekarang kita ada sidang Parlimen jadi tak dapat selalu hadir di sana,"
katanya ketika dihubungi.
Chang yang
juga Ahli Parlimen Tanjong Malim, di mana terletakknya DUN Slim bagaimanapun
berkata, bantuan daripada PH tidaklah sehebat ketika parti Tun Mahathir,
Bersatu menjadi sekutu rasmi seperti sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14
lalu.
Kali ini,
katanya, Pejuang jelas menyatakan mereka bukanlah gabungan PH tetapi tidak pula
menyokong PN.
Mengulas
peluang calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi untuk menang di DUN Slim
berbekalkan logo 'pokok', Chang meramal hal itu sukar untuk berlaku.
"Bukan
senang tempat ini (kubu Umno), tempat yang susah. Sebelum ini ok, tetapi Pas
sudah dalam Perikatan Nasional. Ada masalah di sana (undi BN bertambah).
"Saya
rasa kadar keluar mengundi juga menurun dan payah untuk calon Bebas menang
walaupun dengan sokongan PH.
"PRU
2018 lalu adalah masa yang sangat bagus (momentum menolak Najib). Tapi itu pun
kita tak menang di Slim, sekarang orang lebih fokus kepada ekonomi berbanding
politik," katanya lagi.
Namun, Chang
berpendapat medan PRK Slim mungkin boleh menguji sejauh mana rakyat luar bandar
menanggapi isu kleptokrasi membabitkan pemimpin utama Umno, Najib Razak.
Katanya,
sebelum ini Umno mempropagandakan kerajaan PH menganiaya Najib dengan
mengenakan berpuluh-puluh tuduhan pengubahan wang haram dan rasuah terhadap bekas
PM itu.
Namun
apabila Najib didapati bersalah pada 28 Julai lalu, ketika kerajaan PH telah
tiada maka andaian beliau dianiaya tidak lagi relevan.
"Cuma
ada satu yang harus kita tengok, sejauh mana kes mahkamah Najib akan beri kesan
kepada Umno. Saya rasa mungkin akan ada orang Umno yang kurang selesa parti itu
terus berada dalam PN. Sebab mereka rasa (terkilan) pemimpin mereka masih kena
hukuman," katanya.
Walau apa
pun, menurut Chang, hanya itulah faktor yang boleh diambil kira. Tiada faktor
lain yang boleh meningkatkan undi kepada Pejuang ketika parti itu tidak menjadi
komponen mana-mana gabungan secara rasmi.
Hakikatnya,
PRK Slim tidak dilihat penting oleh PH mahu pun PN kerana tidak merubah
komposisi kerajaan Perak. BN diramal akan menang mudah.
Cuma BN akan
dimalukan sekiranya menang dengan undi majoriti di bawah 2,200 sebagaimana pada
PRU 14 lalu. Kali ini mereka akan menikmati pertambahan 4,103 undi dari
penyokong Pas.
Sekiranya BN
gagal mendapat majoriti lebih 6,000 undi maka kerjasama Umno - Pas dalam
Muafakat Nasional akan dipertikaikan kerana penyokong Pas enggan mengundi BN.