AZHAR ARCHIL
Pertemuan
Dato Menteri Besar Selangor bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam ,
Timbalan Datuk Bandar dan ADUN Paya Jaras, YB Khairuddin Othman. Saya gesa agar
MBSA membantu peniaga kecil tempatan yang memenuhi syarat untuk mendapatkan
lesen berniaga dan membanteras warga asing yang berniaga.
Saya
difahamkan MBSA akan melaksanakan Program bersama Peniaga dan Penjaja di
kawasan Bandar Baru Sungai Buloh pada hari Sabtu, 15 Ogos. Kaunter Permohonan Permit Penjaja Sementara
akan dibuka bagi memudahkan para penjaja dan peniaga setempat mendapatkan lesen
dan permit berniaga. Ini adalah selaras dengan dasar Kerajaan Negeri yang
sentiasa prihatin dengan permasalahan oleh penjaja dan peniaga kecil terutama
menghadapi kesan wabak Covid-19. Kerajaan Negeri juga sentiasa konsisten dalam
membanteras perniagaan warga asing serta premis perniagaan haram.
Selain itu
pihak MBSA turut mengulangi komitmen bekerjasama dengan pihak berkuasa mengenai
siasatan SPRM yang sedang berjalan. Kerajaan Negeri sentiasa mengamalkan konsep
‘transparency’ dan ketelusan dalam melaksanakan tugasan dan khidmat kepada
rakyat.