Pentadbiran PN baru 6 bulan dah biul?
Via WhatsApp
Pentadbiran Pee End ni dah quyup, mati truih tak sampai setengah tahun. Hudud entah kemana…UEC jalan senyap2, kes Adib tidak ketahuan, memartabatkan jawi di bangunan Kasino Genting, kes pemandu mabuk menjadi-jadi, hingga rakyat Malaysia berkelah di tepi laut pun di saman RM1000!
Berkenaan penguatkuasaan virus Covid19 ini pihak kerajaan harus mengeluarkan garis panduan jelas utk menyaman. Bukan anti face mask, tapi biarlah aturan perjalanannya itu jelas dan munasabah. Ini orang basah lencun kluaq dr ayaq laut pun nak di saman. Ada kejadian di selatan tanah air, tanam bangkai kucing tepi semak pun nak di saman. Yang paling menakjubkan, satu keluarga 5 anak beranak makan di restoran pun di saman ? Orang tengah makan, takkanlah keluar saman. Fikir logik la sikit…
Allahuakbar… pa benda ni!
Jika di tempat awam di kawasan sesak contohnya area KL depan sogo tu, buleh lah hangpa kejar saman. Hat penyedia makanan tu memang logik nak saman. Tapi orang nak makan, duduk bawah pokok 3 beranak mandi manda takkanlah nak saman juga. Semalam ada lapuran 4 orang keluarga dalam kereta di tahan pasai tak pakai facemask dan saman.
Gila puak hangpa nih!!!
Nak cari duit lebih, bukankah elok hangpa ketuk rumah rakyat satu persatu sapa yg dok dalam rumah tak pakai facemask saman RM1000 setiap orang. Jangan lupa penyanyi ataih stage, nak nyanyi tak pakai facemask truih saman.
Dahulu semasa umno baru memerintah, nombor plat kenderaan yg keluar dr kilang pun di saman. Paling tak masuk akal, nombor plat tak ikut spesifikasi buleh akibatkan eksiden. Lani zaman Pee End pentadbiran Muhyiddin dan regime kleptokrasi penyangak penyamun dh mula mainkan angin rakyat.
Rakyat faham perlu pakai facemask tu. Yg degil tu memang patut di saman.
Tapi yg hangpa pi jerit rakyat sekeluarga dalam keretanya sendiri… mandi laut pakai facemask, terpaksa selak facemask semasa nak suap nasi ke mulut … itu dh melampau sangat.
Apapun dalam GM tidak bersetuju cara sedemikian, jauh sudut hati baguih juga bila rakyat naik angin. Baru tahu undi mereka bagaimana kelak.