Pasca PRK Slim: Anwar, Tun perlu kerjasama semula lawan PN
Dr Razam Ramli
Matlamat Lebih Besar PRK DUN Slim
- Untuk PRK DUN Slim, saya akan hubungi kawan-kawan sama ada jentera atau yang memang tinggal di sana untuk dapatkan maklumat. Kedua-dua pihak, untuk dapatkan gambaran yang lebih adil.
- Kata kawan saya itu, sebenarnya PRK ini bukanlah untuk tahu siapa yang akan menang atau kalah. Itu sememangnyalah tujuan SPR adakan PRK tersebut, Untuk cari pengganti wakil rakyat untuk kerusi yang kosong itu.
- Tapi lebih besar dari itu adalah untuk melihat bagaimana PH dan PN itu bergerak.
- Kata kawan saya itu, BN tetap BN. Mereka tak kisah pun kalau komponen parti lain dalam gabungan MN atau PN tu tak membantu. Mereka sudah terbiasa dan selesa untuk bergerak sendiri dalam kenderaan BN.
- Malah tak banyak pun bantuan sebenarnya daripada PAS dan Bersatu dalam PRK ini. Tetapi jentera BN bergerak seperti mana PRK sebelum-sebelum ini. Biru.
- Bagi PH pula yang beri sokongan kepada Calon Bebas (Pejuang), nampak motivasi untuk tumpaskan BN mendahului segala pergeseran.
- Paling ketara, apabila PKR turut membantu serba sedikit dalam PRK ini. Saifudin Nasution, Chang Lih Kang, Amirudin Shari. Cuma ramai juga yang mengharapkan Anwar Ibrahim turun membantu untuk berkempen terutamanya di kalangan pengundi bukan melayu dan kawasan pekan.
- Tapi malangnya keegoan Anwar dan Tun mengatasi daripada melihat BN dikalahkan.
- Sebenarnya ini adalah permulaan untuk melihat PH distruktur semula. Untuk berdepan cabaran yang lebih besar dalam PRU ke 15.
- PRK DUN Slim hanya permulaan untuk jentera akar umbi bekerjasama dan pimpinan bertemu sapa bagi mencetuskan rasa kebersamaan untuk mengambil semula Putrajaya.
- Nampak seperti pimpinan PH yang di bawah dan pertengahan boleh duduk semeja dan mengenepikan semua peristiwa. Tetapi segalanya tidak boleh diterjemah sebagai berjaya sekiranya 2 tokoh besar, Tun dan Anwar masih tidak berlapang dada.
- Apapun semoga titik mula PRK DUN Slim beri isyarat kepada semua.