Pas makin hanyut di era PN
Dr Razam Ramli
TAKIYUDDIN HASSAN
1. Dia ini adalah antara watak yang membawa PAS jauh melencong dari landasan asal.
2. Kerana dia ada cita-cita besar untuk diri dan kelompoknya.
3. Kita juga tahu dia kini mempunyai kumpulan dalam PAS. Kumpulan yang menjadi penasihat kepada Presiden PAS. Kumpulan yang sanggup menongkah segala pegangan Presidennya sebelum ini.
4. Iras mukanya pun ramai tahu iras UMNO. Gaya politiknya pun gaya UMNO. Percakapannya pun mirip UMNO.
5. Dahulu dia pernah kata, PAS ini adalah parti yang berlandaskan kepada Islam, tolak rasuah dan penyelewengan, apa lagi bersekongkol dengan mereka.
6. Sekarang, dia bukan sahaja bersama dengan perasuah dan pesalah jenayah, malah mengheret Allahyarham Ustaz Fadzil Noor pula dengan menyamakannya seperti mana Ustaz Fadzil bertemu Anwar.
7. Ustaz Fadzil jumpa Anwar sebelum Anwar disabit kesalahan dan memang diakui banyak pihak Anwar didakwa secara terpilih.
8. Kamu itu sekarang Menteri yang menjaga undang-undang. Boleh pula kamu membela penjenayah yang terbukti di mahkamah mencabul undang-undang.