HAMDAN TAHA
Calun
BEBAS yang mewakili parti baru Tun Dr M
berumur 38 tahun. Saya kenal atok dia dan aruah ayah dia. Keluarga baik baik
asal di Selabak di Teluk Intan....atok dia Wak Maulut sahabat baik aruah ayah
saya....
Ayah kepada
calun muda ini ustaz Tanusi adalah semasa hidupnya seorang yang sangat kuat
bekerja untuk Umno malah bertugas pun dengan kemas atau jasa jika tidak salah
saya...aruah juga seorang yang baik....jadi naib khadi tu saya tak pasti bila
dan tahun berapa...
Bapa saudara
iaitu adik beradik kepada aruah Ustaz Tanusi juga aktif Umno...Dr Ismail maulut
pernah bertanding jawatan timbalan ketua Umno bahagian Teluk Intan dan menjadi
ketua cawangan di taman cicily di bahagian teluk intan agak lama,walaupun tidak
pernah berjaya menang jawatan kanan tapi beliau aktif....
Lagi seorang
bapa saudara beliau Mutapha Maulut juga pernah bertanding naib ketua pemuda
bahagian dan ketua pemuda bahagian di teluk intan sehingga beliau rasa politik
di bahagian teluk intan ini tak sesuia untuk beliau. Beliau akhirnya aktif
dalam koperasi....sehingga pernah pegang jawatan naib presiden angkasa dan
beberapa kali mencuba bertanding jawatan presiden angkasa tapi tidak
berjaya....
Apa yang
saya nak sampaikan keluarga ini memang baik dan ada darah yang gigih
bertanding. Walaupun begitu keluarga ini terutama aruah ustaz tanusi orang yang
sangat sedih bila kerajaan negeri perak jatuh ke PR tahun 2008....dan aktif
semula tahun 2009 dengan Umno negeri melalui penerangan kerana Perak di ambil
oleh Umno semula....
Nampaknya
jika ayah orang kuat Umno tidak semestinya berjaya membawa perjuangan mereka
kepada anak anak....buktinya calun BEBAS di DUN Slim....ayah sangat kuat Umnonya...tapi
anak bertanding berlawan Umno...ini perlu di ambil kira oleh Umno menjelang pru
ke 15....
Nampak Umno
dan PAS cukup yakin PN akan menang besar jika di adakan PRU ke 15. Kenyataan
presiden PAS bukan saja menang tapi boleh mendapat 2/3 kali ini....alangkah
baiknya jika betul boleh berlaku. Tetapi sikap pengundi masih lagi tidak di
ketahui sebenarnya apakah betul rakyat suka gabungan PN ini...PRK Slim ini
bagus untuk kita melihat sikap pengundi walaupun ini memang kawasan BN kerana
kawasan Felda...tetapi baik untuk kita lihat sebenar sikap rakyat....
Melihat calun
BN yang sememangnya orang Tg Malim dan dah lama aktif di sana dan di kenali
oleh masyarakat dan pengundi Slim....berbanding calun BEBAS.....saya tak pasti
tapi beliau saya yakin tidak sepopular calun BN....sudah pasti BN menang tetapi
mejoriti yang perlu kita ketahui.....apakah gabungan BERSATU...Umno...Pas ni
boleh menyebabkan calun BEBAS hilang wang petaruhan.....logiknya wajib hilang
wang petaruhan....
Kenapa calun
BEBAS wajib hilang wang petaruhan kerana
PRU ke 14 lalu yang bertanding adalah dari parti BERSATU....dan PAS juga turut
bertanding....sekarang Perak...MB orang
BERSATU....tak kan lah tak boleh pastikan pengundi BERSATU masa PRU 14 lalu undi calun BN dan
tak kan lah Pas tak mampu tarik pengundi Pas sokong Calun BN....tak logik
kan...jadi jawapannya jika betul punya gabung....siapa nak undi calun BEBAS
ni....siapa ? Mungkin hanya orang PKR saja....orang AMANAH....DAP tak ada di situ....jadi ini yang seronok untuk
kita buat kajian....