VIDEO: KITA LANGKAH KE HADAPAN-KES GUAN ENG


Anwar Ibrahim

Saya mengulas perkembangan dalam negara terutamanya melibatkan kes Setiausaha Agung DAP saudara Lim Guan Eng. Ada orang kata ini merumitkan sebab keadilan tolak rasuah dan salahguna kuasa.

KEADILAN tiada masalah dengan proses siasatan. SPRM wajar siasat apa saja tuduhan serta perlu ingat untuk pastikan ia bukan bermotif politik dan penganiayaan.

Kes Datuk Seri Najib Razak juga kita lihat melalui fakta dan undang-undang. Guan Eng belum dihukum. Jadi usah samakan dengan kes beliau.

Saya bukan bangkitkan kerana dia sahabat saya. Bagi pihak KEADILAN atau PH kita tak boleh diam diri. Kita akan teliti dan pantau kes ini secara dekat dan teliti.

KEADILAN dan PH berpendirian menolak cara pendakwaan yang tidak telus dan ditafsirkan sebagai menekan musuh politik.

Suami dihadapkan ke mahkamah isteri pula yang ditahan. Seandainya berkuasa usah sehingga hilang tonggak keadilan dan kemanusiaan.

Pakatan Harapan Democratic Action Party Parti Amanah Negara


Anwar Ibrahim: Kes Najib Sudah Jatuh Hukum, Kes Guan Eng Belum, Jadi Usah Samakan Dengan Kes Beliau