ISNIN, 17 OGOS 2020
*AMK SABAH YAKIN ANAK MUDA DIBERI KELEBIHAN PADA PRN SABAH*
Seperti sedia maklum Pilihanraya Negeri (PRN) akan berlangsung setelah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan. Sudah tentu isu yang menjadi tumpuan adalah calon Pilihanraya.
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah yakin Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sabah, Datuk Christina Liew mampu mendapat kerusi lebih untuk ditandingi KEADILAN pada Pilihanraya Negeri kali ini.
Pada PRU-13 KEADILAN mempertandingkan 43 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah namun pada PRU-14 KEADILAN cuma mempertandingkan 8 daripada 60 kerusi DUN selepas 35 kerusi DUN diserahkan kepada WARISAN.
Dengan penambahan 13 kerusi DUN baru di Sabah dan kegagalan WARISAN memenangi beberapa kerusi yang diberikan KEADILAN pada PRU14 lalu, kita yakin Pengerusi Negeri mampu mendapatkan sekurang-kurangnya 20 kerusi daripada 73 kerusi DUN untuk dipertandingkan KEADILAN.
Selain itu AMK Sabah juga melihat anak muda akan diberi kelebihan oleh pimpinan negeri untuk bertanding pada kali ini apatah lagi Pilihanraya Umum (PRU) akan datang had minima pengundi adalah 18 tahun.
KEADILAN sangat dikenali sebagai sebuah parti yang memperjuangkan isu anak muda malah parti ini sering mengenengahkan anak muda samada untuk memimpin parti mahupun sebagai calon Pilihanraya.
AMK Sabah juga telah menghantar beberapa profile calon daripada AMK negeri dan kini terpulang kepada Pengerusi untuk menentukan kerusi mana yang bakal dipertandingkan oleh anak muda dari KEADILAN Sabah.
WENDEY AGONG BIN BARUH
Timbalan Ketua AMK Sabah
Ketua Cabang KEADILAN Sipitang