Kenapa mamak tak boleh tawarkan untung kedai seperti Takiri
Ipohmali
Sepatutnya Mamak Sivagangga tu tawarkan kepada Hakim tu untuk sumbang 4 Bulan keuntungan kedai nasi kandar dia pada Tabung-Covid-19..Selesai lah kes dia..Bayar beribu.. Takda lah susah susah kena duduk penjara 5 Bulan..
Makcik baju Pink tu pun, Sepatutnya.. kena Kompaun dan pulangkan pencen dia untuk 4 Bulan… Jadi dah tentu netizen tak marah.. Tapi tu lah.. Depa takda skill macam Ulama PAS nak bohong pengikut depa…
Relax jer.. Menteri, walaupun dah diwajibkan sapa yg langgar kuarantin di dakwa di Mahkamah.. tapi depa cuma kena Kompaun..Kita pun tak minta depa kena penjara..Cukup depa meletakkan hukum dan kedudukan Undang2 tidak berbeza dengan rakyat marhaen.. Kenapa depa takut dengan Mahkamah..?
Memang benar..depa tak takut sangat kena denda hatta RM 100 ribu pun..Sebab dia mampu bagi Audi Q7 pada bini dia cash pun..depa Cuma takut hilang kelayakan ahli Parlimen.. Kalau kena denda lebih 2 ribu..Bukan hanya hilang jawatan Menteri..Hatta boleh hilang kelayakan ahli Parlimen.. Maknanya elaun dan pencen ahli Parlimen pun hilang…
Jadi jawatan dan kuasa lebih penting dari maruah dan prinsip agama… Ujian kuasa itu kadang2 menyesatkan para agamawan dan Ulama’.. Hatta ada Mufti yang berpolitik siang malam pun takut melepaskan jawatan Mufti dia..Sebab dia takda maruah…
Itu sebabnya dalam menafsirkan ayat Quran mereka yang menjual agama dengan harga yang murah” ثَمَناً قَلِيلاً “.
dalam Tafsir Ibnu Kathir mentafsirkan ayat ini dgn penjelasan..
لا تعتاضوا عن البيان والإيضاح ونشر العلم النافع في الناس بالكتمان واللبس لتستمروا على رياستكم في الدنيا القليلة الحقيرة الزائلة عن قريب
janganlah kamu mengambil dunia, dengan sengaja menyembunyikan penjelasan, maklumat, dan tidak menyebarkan ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat, serta membuat samar akan kebenaran. Agar mereka boleh mempertahankan kedudukan dan jawatan kepemimpinan mereka di dunia yang murah, rendah yg tidak lama lagi akan binasa…
( Tafsir Ibnu Katsir, 1/244).
Itu sebabnya dalam membicarakan tentang Zuhud.. ia bukan soal dia berpakaian serban atau Jubag , Soal cara dia makan.. kata Sufyan At Tsauri ia menyentuh Soal Kuasa dan kedudukan.. Iblis dia bukan tidak Alim.. dia bukan tidak sujud kepada Allah..dah beribu tahu dia jadi ahli Ibadah.. tetapi hanya kerana dia merasakan kedudukannya tercabar bila Allah perintahkan sujud kepada Adam yg hanya dijadikan dari tanah..
Menyentuh Soal zuhud dan kuasa, Teringat aku kata Sufyan al-Tsauri..
“ Aku tidak melihat kezuhudan itu paling kurang melainkan dalam perkara kepimpinan (kuasa). Engkau akan dapati seseorang yang zuhud dalam makanan, minuman, harta dan pakaian tetapi apabila tiba soal kuasa maka dia akan mempertahan dan bermusuhan kerananya ”
al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala