WALAU SEBANYAK MANA AHLI, PERLU GERAKKAN KE ARAH REFORMASI....
KENYATAAN MEDIA
12 Ogos 2020
KEADILAN MELEPASI 1 JUTA ANGGOTA DAN 1 RIBU RANTING
Setakat hari ini keanggotaan Parti telah pun mencecah 1,004,629 orang manakala kekuatan Ranting Parti telah mencecah 1,108 di 222 Cabang di seluruh negara. Ini adalah pencapaian terbaik Parti sejak penubuhannya pada 21 tahun yang lalu. Ini membuktikkan Parti ini tetap utuh dan kuat dengan sokongan dan dokongan dari rakyat.
Maklumat ini membuktikan kekuatan KEADILAN sebagai parti massa, nasional dan pelbagai kaum yang paling berjaya dalam sejarah negara.
Namun pencapaian ini masih dianggap terlalu awal untuk diraikan. Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN melalui mesyuarat bulanannya pada 26 Julai 2020 yang lalu telah mengambil ketetapan untuk menggesa setiap lapisan kepimpinan Parti untuk mempergiatkan usaha kaderisasi (recruitment) anggota baharu menyertai Parti selain turut memperbanyakkan penubuhan Ranting sebagai persediaan Parti berhadapan Pilihan Raya Umum yang dijangka diadakan pada bila-bila masa.
Permohonan keanggotaan boleh dibuat menerusi https://keanggotaan.keadilanrakyat.org/ manakalah permohonan pembentukan ranting boleh dibuat di https://keadilanrakyat.org/index.php/ranting/.
NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA SETIAUSAHA PENGELOLA KEADILAN
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN