Hipokrit Khairuddin Takiri terdedah?
WFAUZDIN NS
Khairuddin ‘Tak Kuarantin Diri’ (rengkasnya, Takiri) sememangnya hebat kalau bercakap. Aku masih ingat sewaktu parti lebai ini sibuk bercakap pasal RUU Akta 355. Isu inilah yang menjadi salah satu alasan untuk parti lebai berpisah dengan PR dulu.
Si Takiri berucap, pernah mencabar sesiapa sahaja untuk berdebat dengannya dalam isu RUU Akta 355. Beliau berhukum bahawa melaksanakan RUU Akta 355 itu adalah hukumnya ‘Wajib’, bukan sunat, makruh, haram atau harus lagi. Maka, tidak peliklah ada seekor lebai dari Penang(Bukan Penang tapi Padang Serai dan kerana takut kena saman kes jirat cina dan tidak boleh azan di Penang.YDP Padang Serai ni penakut sebenarnya.Padang Serai ni Kedah.) mengutip hukum tersebut dan dijadikan maudhuk di dalam kuliahnya sehinggakan “mengkapirkan’ Kak Wan (Presiden Keadilan waktu itu) jika tidak menyokong usul yang akan dibawa oleh lebai Hadi di Parlimen. Mati nanti, kita tanam jirat Cina, kata lebai jahil tersebut. Nampak tak bahayanya apabila Islam itu dijual?
Hukum serta pandangan Takiri tentang RUU Akta 355 ini mendapat perhatian dari seorang ustaz terkenal, pakar hadith iaitu Dr Rozaimi atau Dr Rora. Beliau menyahut cabaran Takiri untuk berdebat dan telah menghantar wakil untuk menyampaikan minatnya untuk berdebat dengan Takiri. Malangnya, sampai sekarang Takiri membisu sehinggalah beliau kini telah menjadi Menteri di dalam kerajaan pintu belakang. Bila telah menjadi kerajaan, sepatutnya tidak perlu kisah soal debat lagi, elok beliau suruh lebai Hadi, Presidennya itu bawa semula usul RUU Akta 355 yang lebai Hadi sendiri minta tangguh berkali-kali dahulu. Mengapa diam soal RUU Akta 355 sekarang? Sebab, itu hanya modal lebai dalam politik saja.
Nah, sekarang parti lebai cuba sedaya upaya untuk membela Takiri pula. Satu dunia tahu, Takiri telah langgar satu undang-undang dan peraturan paling serius iaitu berkaitan keselamatan orang ramai. CoViD-19 bukan penyakit biasa, ia satu wabak dan virus paling bahaya yang sedang melanda dunia sekarang. Tapi, Takiri dengan egonya hanya menyatakan telah bayar denda seribu dan akan potong gaji 4 bulan. Apakah itu nilai keselamatan? Undang-undang mahu dibeli dengan sejumlah wang yang tidak cukup untuk membeli alat ganti kereta Audi Q7 yang dihadiahkan kepada bini muda beliau?
Peliknya, si katik Tuan Berahim pun ikut membela si Takiri ini. Tapi dia bawa contoh yang ke laut yang menunjukkan kebodohan sang Timbalan parti lebai. Ada ke patut dia membawa contoh drebar lori sayur yang ulang alik ke Singapore tidak pun kena kuarantin? Dia bawa kisah pilot juruterbang yang memang tugas hariannya membawa pesawat untuk disamakan dengan kisah anak buahnya si Takiri yang bawa bini ke Turki.
Benarlah kata lebai Hadi. Parti lebai dengan parti Najib umpama dua lutut. Ertinya, otak kedua-dua parti ini memang berada di lutut. Tidak hairanlah banyak sangat keluar yang pelik-pelik dari mulut pimpinan mereka. Kisah Takiri ini aku tamatkan dengan memetik apa yang penulis Ipoh mali sebut di bawah;
Petikan dari catatan Ipoh Mali menyebut…
Kisah Takiri ini mirip satu kisah wanita kalangan bangsawan yang dituduh mencuri… Lalu dia berjumpa dengan Usamah bin Zaid, orang yang paling disukai dan paling rapat dengan Rasulullah ﷺ… Dengan harapan Usamah dapat menolongnya diberikan keringanan hukuman…
Bia mendengar rayuan Usamah itu… Maka merahlah muka Nabi kemarahan… Lalu Nabi ﷺ bersabda…
أَتَشْفَعُ فِي حَدٍّ مِنْ حُدُودِ اللهِ
“Apakah kamu hendak meminta syafaat terhadap hukuman dari Allah (yang telah ditetapkan)?”
Lalu Nabi ﷺ bangun dan berdiri di mimbar Khutbah lalu Nabi ucapkan ungkapan ini sebagai pedoman sekalian manusia… Hatta dalam kehidupan kita hari ini…
Lalu Nabi ﷺ berdiri dan berkhutbah, setelah memuji Allah dengan pujian yang layak untuk-Nya, baginda ﷺ bersabda:
« فَإِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عَلَيْهِ الْحَدَّ
وَإِنِّي وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا»
“Sesungguhnya yang membinasakan orang-orang sebelum kalian adalah apabila ada orang yang dihormati (terhormat) dari mereka mencuri, maka mereka pun membiarkannya. Namun jika ada orang yang lemah dan hina di antara mereka ditangkap kerana mencuri, maka dengan segera mereka melaksanakan hukuman ke atasnya.
Demi Zat yang jiwa ku berada tangan-Nya, sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, sungguh aku sendiri yang akan memotong tangannya.”
Jadi apa apa yang diperlihatkan di hadapan kita hari ini menepati apa yang diucapkan Nabi ﷺ lebih seribu tahun dulu… Hukuman yang dikenakan kepada rakyat marhaen, berbeza dengan kelompok sang penguasa dan Menteri… Takiri telah mendapat syafaat dari KKM hanya kerana kedudukannya sebagai Menteri…
Jadi tidak kah kita nampak hikmah di sebalik tertubuhnya Kerajaan Tebuk Atap dan Khianat ini… Allah zahirkan di hadapan kita… Yang rosakkan nama agama ini datang dari orang agama sendiri… Mereka inilah yang memburukkan wajah Islam…
Bukan kah benar kata Nabi ﷺ, lebih aku takutkan Ulama Jahat ini lebih dari Dajjal… 🙂
(Ipoh Mali)
(Ipoh Mali)