Al Kisahnya
Tersebutlah Kisah...
Ustaz ni
kalau temberang Dalam Masjid macam macam...Alam jin, Alam kubur semua depa
tahu.. Bagi tahu Jemaah, besar macam mana pun masalah..Hutang.. kena minta
dengan Allah..
Depa pun
ajar lah makcik pakcik hat ternganga dengar labun Ustaz, Dia pun ajar lah
amalan murah rezeki.. Amalan boleh selesaikan hutang..Amalan boleh hilang
sakit..Selesaikan masalah... kononnya dia pun dah amal.. memang murah rezeki..
mahu tak murah rezeki..last kuliah minta derma..
Last lastnya
semua masalah. Habis mengadu kat Facebook... letak no akaun.. mana pergi amalan
amalan tu.. Tapi itulah Ustaz..Sembang deras.. last2 depa hidup dengan derma
orang..Hidup dengan duit tabung Masjid... ada masalah macam ujian besar
sangat....Sembang lah..
rasa aku
Tabung Masjid seluruh Negara ni.. Banyak duit tabung Masjid bagi kat Ustaz dari
bagi kat orang miskin.. Rasanya orang Islam sekarang dah ulang sejarah zaman
kegelepan Eropah dulu menguasai politik..Zaman Paderi dan Gereja jadi alat
orang Politik.. 🙂
Kredit
kepada...
Ipohmali
ZAMZURI ARDANI
Saya setuju dengan tulisan ini. Banyak derma kutipan masjid dan
surau akhirnya masuk kocek ustaz-ustaz yang pandai 'goreng' masa kuliah.
Ada ustaz yg pandai bagi penonton ketawa. Ada ustaz yang pandai
bagi penonton menangis. Ada ustaz yang pandai bagi penonton suspend. Ada ustaz
yang pandai menyanyi. Ada ustaz yang pandai bermadah. Ada ustaz yang pandai
macam-macam. Tapi tak ramai yang berjaya mendidik pendengar dengan kefahaman
yang benar.
Sebab itulah, kalau kita nilai balik ... terlalu banyak kuliah
dan majlis ceramah agama yang dibuat tetapi kesannya sangat minima ke atas umat
Islam.
Khutbah Jumaat setiap minggu. Kuliah di TV sehari dua tiga
sessi. Tambah lagi ceramah kat radio dari pagi sampai malam. Ada channel khas
untuk kuliah para ustaz dan ustazah sahaja. Buat lagi program realiti TV untuk
cungkil bakat-bakat 'kaki goreng' ceramah agama. Di surau dan masjid, saban
hari ada kuliah. Tak cukup kuliah mahgrib dan subuh, buat lagi kuliah dhuha.
Sebelum khutbat Jumaat pun ada kuliah lagi.
Di pejabat-pejabat kerajaan pun
sama. Ada kuliah mingguan, bulanan, dan harian. Semua ada envelopnya. Ada yang
tebal, dan ada juga yang sangat tebal. Penceramah dan pengkuliah ramai naik
kereta mewah dari masjid ke masjid, dari pejabat ke pejabat, malah ada juga
dari rumah ke rumah.
Tapi apa hasilnya? Penagih dadah majoritinya orang Islam. LGBT
di kalangan umat Islam terus merebak. Kes mengandung luar nikah meningkat. Kes
perceraian di kalangan umat Islam meningkat. Kes hutang dengan 'along'
meningkat. Kes dera meningkat. Kes kebangkrapan meningkat.
Umat Islam paling
mudah ditipu dengan pemimpin politik mereka. Majoriti umat Islamlah yang
menyokong kepimpinan politik yang tidak amanah. Sentimen perkauman dan bigotri
yang dibenci agama semakin subur di kalangan umat Islam.
Fikir-fikirkanlah ... !!!