#COVID-19 : KLUSTER SIVAGANGGA DI KEDAH ADALAH CONTOH PENULARAN SEMULA. JAGA SOP.



1) Kluster Sivagangga akibat seorang pemastautin tetap yg pulang dari India tapi GAGAL mematuhi syarat Kuarantin Kendiri di rumah adalah contoh penularan semula boleh berlaku meskipun Kedah telah diisytiharkan sebagai Zon Hijau.
2) Kesilapan Kes Indeks (Pesakit Pertama Kluster) itu TIDAK mematuhi syarat kuaratin itu satu hal. Tapi apa yg lebih membimbangkan ialah begitu ramai orang TIDAK atau GAGAL memahami SOP menyebabkan mereka terjangkit. Sekali berjangkit ia boleh merebakkan kpd org lain dgn begitu pantas sekali. Elok sangat jika pihak Polis bertegas sekarang ini termasuk menyaman jika tidak pakai Face Mask.

3) Rakyat perlu selalu diingatkan bagaimana COVID-19 boleh menjangkiti seseorang. Apa keberangkalian bagi mereka yang dijangkiti dari kes Indeks ini? Mari kita cuba memahami keberangkalian-keberangkalian ini supaya kita belajar mengelakkan diri dari dijangkiti...
A) Kontak rapat atau berdiri atau bercakap terlalu dekat dgn Kes Indeks tanpa memakai Face Mask atau memakai Face Mask secara tidak sempurna. Jika mereka yg dijangkiti itu memakai Face Mask menjaga SD 1-2 meter atau tidak bercakap terlalu dekat contohnya berdiri kurang 1 meter antara satu sama lain, Insya Allah mereka tidak akan tersedut Droplets yg terapung sebentar dari pembawa COVID-19.
B) Memegang permukaan meja atau bahagian kerusi, tombol pintu atau apa-apa shj bahagian permukaan yg telah tercemar oleh droplets dari kesan bersin atau batuk oleh Kes Indeks atau pembawa COVID-19 yg telah dijangkitinya. Tapi jika mereka hanya memegang dan kerap membasuh tangan dengan sabun atau Hand Sanitizer (60-70% Alcohol) "Protein SPIKE" pada COVID-19 akan terlerai dan tidak lagi boleh melekat pada tangan.
C) Berdisiplin untuk tidak bersalam dengan orang lain dengan cara biasa mungkin hanya tunduk hormat dgn tgn di dada atau lagakan siku atau penumbuk (ikut kreativiti) utk elakkan sentuhan tapak tangan atau kontak yg boleh menyebabkan COVID-19 melekat di tapak tangan dan tangan itu memegang muka.
D) Berdisiplin utk TIDAK menyentuh atau menggosok mulut, hidung dan mata dengan tangan sebelum tangan itu dibersihkan. Jika mahu menggaru muka, gunakan sebelah dalam baju sebagai lapik utk mengurangkan kemungkinan ada COVID-19 melekat di baju lalu berpindah pula ke muka.
E) Elakkan berada di kawasan atau ruang tertutup dan tidak byk pengudaraan semulajadi (Natural Ventilation) kerana ia adalah berisiko jika ada pembawa COVID-19 yg bersin atau batuk, Droplets akan segera jatuh ke lantai atau permukaan dalam jarak lebih kurang 1 - 1.5 meter manakala MICRO Droplets dikatakan masih boleh terapung selama 3 jam dalam ruang tertutup tanpa pengudaraan semulajadi atau natural. Keberangkalian ini SANGAT TIPIS utk berlaku terutama di kedai mamak seperti di Napoh, Daerah Kubang Pasu, Kedah itu.
4) JIKA SEMUA ORANG MEMAHAMI PERKARA_PERKARA ASAS SOP atau NORMA BAHARU ini, Kita akan dapat putuskan rantaian jangkitan COVID-19, Insya Allah. Sbb virus itu tidak akan berupaya menular jika kita "TIDAK MEMBANTU" nya berpindah. Caranya?
i) Sentiasa peka untuk kekalkan jarak 1 hingga 2 meter dari sesiapa shj samada kenal atau tidak kenal. Jangan bercakap terlalu dekat kekalkan SD. Kekalkan SD ketika beratur di mana-mana kaunter kedai. Bila keluar ke kedai atau ke tempat ramai orang, terus mandi, rendam pakaian dalam sabun bila pulang ke rumah dan jangan bercakap atau berdiri dekat dgn ahli keluarga sebelum mandi.
ii) CUBA elakkan diri dari memegang apa-apa permukaan atau benda yg kerap disentuh oleh orang lain seperti tombol pintu, kerusi, meja, railing atau susur tangan dan lain-lain. Segera cuci tangan jika tersentuh benda-benda mcmtu. Paling penting, jgn sentuh muka.
iii) Jadikan satu habit atau amalan kerap membasuh tangan dgn sabun atau hand sanitizer yg sentiasa kita bawa bersama. JANGAN SENTUH MUKA atau menggosok mata, mulut dan hidung kerana ia berisiko menyebbkan COVID-19 di tangan berpindah utk memasuki rongga badan melalui hidung, mulut dan mata.
iv) Jika mahu membeli barang dapur di hypermarket contohnya elok lah pakai Face Mask dan Sarung Tangan pakai buang. Pemakaian Face Mask di tempat awam atau di luar rumah sudah diwajibkan skrg.
v) Sediakan sabun tangan atau hand wash di rumah supaya ahli keluarga membiasakan diri utk kerap membasuh tangan. Sedia sabun khas utk sayuran. Sabun semua sayuran, barangan dlm tin dan botol JIKA RAJIN.
vi) JIKA order makanan secara Online contohnya, jangan sesekali makan direct dari bungkusan terutama kotak. Pindahkan makanan secara berhati2 dan jgn menyentuh luar kotak. Kajian menunjukkan COVID-19 mampu melekat pada kotak selama 24 jam. Permukaan plastik lebih lama lagi yakni 3-7 hari. https://www.healthline.com/health/how-long-does-coronavirus-last-on-surfaces#different-surfaces
5) JIKA kita semua punya kesedaran bagi mengamalkan Norma Baharu sekurang-kurangnya yg paling ASAS iaitu jaga SD, pakai Face Mask di luar rumah, kerap basuh tangan dan yg paling PENTING...JANGAN SENTUH MUKA. Insya Allah tiada jangkitan jika kita ada terserempak dengan pembawa COVID-19 sekalipun. Insya Allah.
6) SEMOGA Kita Jaga Kita...selain meningkatkan kesedaran diri sendiri, kita usahalah sebarkan kesedaran kpd orang lain semoga bermanfa'at kpd mereka dan mungkin ia mampu menyelamatkan nyawa.
Wallahualam.
- Zus Din
02 Ogos 2018.