Pemimpin muda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dalam satu dialog menyatakan tidak redha dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd (SRC).
Pendirian Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu sekali gus dilihat ‘menembak pemimpin Umno memandangkan dua skandal terbabit berkaitan Datuk Seri Najib Razak.
“Kita masih di Bekas pegawai Syed Saddiq itu turut berpendapat Bersatu mendapat keberkatan kerana bersikap sedemikian.
“Kerana itulah kita mendapat keberkatan. Kita ada dua Perdana Menteri dalam tempoh tiga tahun. Parti yang dikatakan parti kecil ini tapi kecil-kecil cili api.
“Jadi, pertahankanlah presiden kita. Perkukuhkanlah institusi presiden kita kerana dengan itulah parti kita diangkat menjadi Perdana Menteri dan menteri-menteri kita diangkat,” katanya.
Fayhsal yang juga calon bertanding bagi merebut ketua sayap Pemuda parti Bersatu (Armada) usaha mengukuhkan kedudukan Presiden parti itu juga demi manfaat ahli-ahli Bersatu. yang sama seperti mana kita tubuhkan parti ini dahulu.
“Kita tidak pernah menyokong Bosku. Kita tidak pernah redha dengan 1MDB dan SRC, asas perjuangan kita pada awal dahulu,” ujarnya.