Sementara itu, Bendahari PAS Pusat, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata PAS tidak mahu terburu-buru sebaliknya akan membuat penelitian terlebih dahulu berhubung saranan menggunakan logo Barisan NASIONAL. "Belum bincang lagi. Kami juga perlu berbincang dengan pimpinan PAS Sabah selain mendapatkan pandangan akar umbi. Dalam hal ini ia tidak boleh terburu-buru," katanya, dipetik Sinar Harian.