Balada RUU 355
Oleh: Omar Tuah
Bedul seorang lulusan Al Azhar. Masih menganggur. Belum ada kerja tetap. Nak dijadikan cerita Bedul jatuh hati dengan Rahayu. Bedul ajak Rahayu kahwin.
Rahayu bagi syarat masuk meminang dulu. Dapatkan restu mak ayah. Kalau mak ayahnya setuju baru, Rahayu akan setuju.
Bedul naik excited. Belum masuk meminang terus dia pergi tempah kad kahwin, baju kahwin katering, pelamin kahwin.
Wak Zin naik pelik dengan perangai Bedul. Wak Zin nasihatkan Bedul.
“Bedul, kalau kau betul2 nak kahwin dgn Rahayu, masuklah meminang dahulu. Dapatkan izin & restu mak ayah Rahayu dulu. Lagi pun ayah Rahayu adalah wali yang sah. Lagi bagus kalau kamu cari kerja tetap. Dah kahwin nanti nafkah zahir wajib suami sediakan”.
Bedul naik hangin.
“Wak Zin, kau tahu tak kahwin itu tuntutan agama? Sunnah terbesar Rasulullah SAW. Kau halang aku kahwin bermakna kau menentang tuntutan agama!!!
“Wak Zin, kau tahu tak kahwin itu tuntutan agama? Sunnah terbesar Rasulullah SAW. Kau halang aku kahwin bermakna kau menentang tuntutan agama!!!
“Aku bukan halang, Bedul. Aku minta supaya kamu ikut langkah yang betul. Ikut tertib yang sepatutnya”, pujuk Wak Zin.
Bedul bertambah marah.
“Kau jangan pandai2 nak ajar aku Wak Zin. Aku ni lulusan Al-Azhar. Aku tahu apa yang aku buat!”
“Kau jangan pandai2 nak ajar aku Wak Zin. Aku ni lulusan Al-Azhar. Aku tahu apa yang aku buat!”
Lepas dari itu Bedul menjaja cerita Wak Zin ini anti Islam. Tak suka tengok orang lain nak bina masjid. Dengki tengok orang lain nak laksanakan sunnah Nabi.
Bedul buat kempen boikot bisnes Wak Zin. Cetak T-shirt purple ajak orang ramai bersolidariti dengannya melawan Wak Zin. Dalam ceramah, nama Wak Zin diwar-warkan sebagai penentang Sunnah Nabi kerana halang Bedul untuk kahwin dengan Rahayu.
Pak Dollah ayah Rahayu naik bingung. Bila masa si Bedul ni masuk meminang. Bila masa si Bedul minta izin nak kahwin dengan Rahayu.
Menurut Pak Dollah, dia takkan benarkan Rahayu kahwin sekarang. Pak Dollah syaratkan Rahayu mesti habiskan pengajian sebelum kahwin. Bakal suami Rahayu juga mestilah ada kerja tetap yang terjamin.
Bedul naik malu. Sejak itu Bedul tak lagi berani mendekati Rahayu.
Sekarang bila ditanya mengapa Bedul tak masuk meminang Rahayu. Bedul cakap Rahayu bukan keutamaan sekarang. Covid-19 lebih utama untuk diuruskan.
Ditanya lagi bila Bedul nak kahwin?
Bedul cakap dia pun tak tahu bila. Cuma dia harap dia sempat kahwin dengan Rahayu sebelum dia mati.