Bahaya al Quran dijadikan bahan politik
URAB
Bahayanya apabila ‘Al Quran’ dipolitikkan !
Membaca, mentadabbur dan mengamalkan al Quran akan menatijahkan rasa damai, damai dalam hidup dan damai dalam beragama !
Namun, apabila membaca dan menafsirkan Al Quran mengikut kepentingan puak dan kumpulan masing² akan menghilangkan rasa ‘damai’, dan juga akan mengambarkan bahawa al Quran adalah ‘senjata’ tajam untuk membunuh pihak musuh sekalipun sama² mengucap syahadah.
Apabila Al Quran dipaksa untuk ‘berpihak’, hak berhujah dengan al Quran dieksklusifkan, natijah yang akan kita dapat adalah ‘kesempitan’ sedangkan al Quran membawa misi ‘keluasan’.
Ambil saja contoh, ayat 40 surah Al A’raf :
إن الذين كذبوا بأيتنا واستكبروا عنها لا تفتح لهم أبواب السماء ولا يدخلون الجنة حتى يلج الجمل في سم الخياط وكذلك نجزي المجرمين.
Maksudnya : Sesungguhnya mereka yang mendustakan ayat Kami dan bertakbur darinya, (apabila mereka mati) tidak akan dibuka pintu langit dan tidak akan masuk ke dalam syurga sehinggalah unta memasuki lubang jarum, demikianlah Kami memberi balasan kepada para pendosa.
Ayat ini sentiasa disyarah keatas pihak lain oleh Pas satu ketika dahulu, mereka berhujah bahawa ‘kerajaan yang tidak melaksanakan hukum Islam’ tidak akan dapat masuk syurga selamanya (kerana kalimah yang digunakan adalah لا yang membawa makna TIDAK) . Lalu, kerajaan itu adalah UMNO !
Lebih ekstrim lagi, ada beberapa penceramah Pas (kebanyakan telah mati, semoga Allah mengampuni mereka – masih ada seorang penceramah Pas yang masih hidup, sekarang kuat pula mempertahankan UMNO, semoga dia tak terlajak buat kesekian kalinya) yang berhujah bahawa ‘roh UMNO akan berlegar-legar antara langit dan bumi kerana pintu langit tidak dibuka mereka, dan “kalau Tuan² nak tau, roh orang UMNO lah yang jadi hantu raya tu”, puas ! Lalu, para pendengar pun berTAKBIR membesarkan Allah kerana puas hati dah kenal siapa sebenarnya hantu raya.
Sekarang, apabila Pas dah berkerjasama dengan UMNO, macamana pula tafsiran ayat ini ?
Benarlah kata Sheikh Ramadhan Buthi – semoga Allah merahmati beliau – bahawa Nas tidak berubah, tetapi kepentingan dan selera orang politiklah yang berubah dan mereka MEMAKSA supaya Nas mengikut kecenderungan mereka.
Semoga Allah merahmati kita bersama !
URAB