AT TAKIRI SUDAH TIDAK LAYAK LAGI MENJADI MENTERI


Image may contain: 1 person, text that says "BERITA >> Nasional Khamis, 26 March 2020 1:37pm Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin AI- Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah. -Foto BERNAMA COVID-19: Agong, Permaisuri kuarantin diri selepas 7 petugas Istana Negara positif Oleh Sophia Ahmad sophia@bharian.com.my f Share Tweet KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri, kini menjalani proses kuarantin diri selama 14 hari bermula"


Agong kuarantin diri 14 hari walau baginda negatif Covid-19.
Muhyiddin kuarantin diri 14 hari walau negatif Covid-19.
Tun M kuarantin diri 14 hari walau negatif Covid-19.
Tapi Attakiri balik dari luar negara tak jalani kuarantin diri sebab dia kata telah diuji negatif Covid-19.
Tahukah dia bahawa sebab negatiflah kena kuarantin 14 hari, kalau positif kena masuk hospital.
Layakkah orang macam ni jadi menteri?


Tak pasti sama ada Khairuddin Attakiri tak faham kesalahannya, buat-buat tak faham atau dia memang seorang yang degil untuk mengakui apa salah yang telah dilakukannya.
Katanya, dia telah disahkan negatif Covid-19 dan dibenarkan menghadiri majlis di Istana Negara pada 17 Ogos lalu.
“Mandatori untuk membuat ujian swab sebelum dibenarkan masuk ke Istana Negara.
“Jika positif Covid-19, sudah tentu saya tidak dibenarkan masuk,” katanya lagi.
Menurut Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu lagi, beliau telah membuat ujian Covid-19 sebanyak tiga kali iaitu ketika tiba dari Turki pada 7 Julai, 13 hari kemudian dan sebelum hadir ke satu acara di Istana Negara pada 17 Ogos.
Aduhh…kenapalah Malaysia ada menteri berperangai macam ni?
Yang pasti, dengan kenyataan ini memperlihatkan beliau seorang yang benar-benar yang tidak bertanggungjawab dan kuat mengelat, jauh sekali untuk ringan mulut memohon maaf.
Dalam kes Khairuddin ini, bukan soal negatif atau positif Covid-19 yang menjadi perkiraan, tetapi perlakuannya yang jelas salah iaitu tidak melakukan kuarantin diri di rumah selama 14 hari sebaik tiba di tanahiar daripada lawatan ke Turki.
Apakah beliau tidak faham bahawa kerajaan telah menetapkan semua orang yang pulang daripada luar negara wajib menjalani kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari?
Bagaimanapun, bermula 24 Julai iaitu selepas beberapa kes ingkar dikesan, kerajaan memutuskan untuk mewajibkan mereka yang pulang dari luar negara mesti menjalani kuarantin di pusat-pusat kuarantin yang ditetapkan.
Bagaimana seorang menteri boleh tidak faham perkara mudah seperti ini?
Dalam kes Khairuddin, walaupun beliau diuji negatif, tetapi kesalahannya ialah tidak melakukan kuarantin kendiri sebagaimana yang telah ditetapkan kerajaan, malah menghadiri banyak program di sana sini selepas kepulangannya dari Turki itu.
Maka, mujurlah beliau diuji negatif, bayangkan jika positif?
Begitu juga dengan ahli-ahli keluarganya yang turut pergi ke Turki, apakah mereka turut tidak melakukan kurantin kendiri sama?
Berdasarkan kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Nor Azmi Ghazali bahawa tiada double standard dalam pematuhan SOP Covid-19, sebenarnya itulah yang diharapkan oleh seluruh rakyat jelata sekarang ini.
“Tidak ada sesiapa yang akan terlepas daripada tindakan jika terbukti mereka melanggar undang-undang yang ditetapkan kerajaan.
“Dalam isu ini tidak ada dua darjat,” katanya yang juga pernah didenda RM1000 kerana melanggar perintah PKP sebelum ini.
Dalam beberapa kes tidak melakukan kurantin kendiri, ada yang didenda RM12,000, RM8,000 malah turut dipenjara atas kesalahan yang mereka lakukan.
Maka, selain desakan pelbagai pihak agar Khairuddin tidak dikecualikan daripada hukuman, ahli-ahli keluarganya jika turut terbukti tidak melakukan kuarantin kendiri, harus sama dikenakan hukuman.
Dalam konteks yang lebih khusus mengenai Khairuddin, berdasarkan jawapannya yang mempertahankan dirinya dengan mengatakan dia negatif Covid-19, tetapi seolah-olah cuba mengabui orangramai tentang kesalahannya yang sebenar tidak melakukan kuarantin kendiri, beliau bukan saja harus didenda lebih RM12,000 kerana tidak menunjukkan teladan sebagai menteri, malah tidak layak sama sekali terus berada dalam kerajaan sebagai menteri.
Beliau harus meletakkan jawatannya atau Muhyiddin Yassin mesti menggugurkannya daripada kabinet dengan segera.
Itu pun…kalau mereka masih ada maruah dalam diri lagi? (Shahbudindotcom 21/08/2020)