Tadi aku terbaca berita yang menyebut DS Anwar kurang terlibat dalam berkempen untuk calon bebas yang disokong oleh Mahathir di PRK Slim.
Bagi aku tindakan DS Anwar itu tepat. Bukan soal berdendam, tapi sekadar eksperimen. Eksperimen ini tujuannya untuk membuktikan teori.
Teori ramai orang, Mahathir merupakan faktor kemenangan PH dalam PRU14. Maka PRK Slim ini adalah tempat paling tepat membuktikan teori itu.
Mahathir giat berkempen siang dan malam di Slim. Dengan aura yang penyokongnya dakwa dia miliki, calon yang disokongnya sepatutnya menang besar.
Kelibat DS Anwar tak diperlukan. Seperti mana yang disebut pembencinya, DS Anwar bukan faktor. Jadi kenapa nak ungkit DS Anwar tak ikut berkempen?
Kesian jadi DS Anwar. Yang khianat PH semua orang kesayangan Mahathir (termasuk Azmin & Zuraida). Yang letak jawatan pun Mahathir.
Hari ini orang tuduh DS Anwar punca PH tak dapat memerintah semula. DS Anwar pula dikata jadi batu penghalang dan didesak berundur. Jenis otak tepu.
Ceritanya mudah sahaja. Di PRK Slim ini telah terbukti Mahathir tak punya aura lagi. Jadi eloknya Mahathir berundurlah dari pentas politik.
Dan semua yang di pihak pembangkang pula perlu pusatkan sokongan kepada DS Anwar, seperti mana ketika PH mula-mula terbentuk dahulu.
Jika ini berlaku, InsyaAllah, sebelum hujung tahun PH akan memerintah semula. Selagi masih ada yang nak bodek Mahathir, selagi itulah PH kekal pembangkang. Dan yang bebas pula akan kekal pembangang.
Kredit kepada:-
- R a j a G e l a p -