ZUBAIDI SUDIN
Kah kah...dulu aku kata dah, PH dok bela "belut". Ia ternyata benar. Sengaja atau tidak, diawal PH menang dulu aku persoalkan kenapa OT95 tak ubah kepala 3 posisi penting ini...1. KSN 2. SPA dan 3. JPA. Deep State??
********************
Bekas Ketua Audit Negara hari ini mendakwa Tan Sri Ali Hamsa, yang ketika itu menjawat jawatan Ketua Setiausaha Negara, yang mengarahkan beliau supaya membuat pindaan terhadap laporan kewangan audit 1MDB.
>> BERITA > MAHKAMAH > 'Bukan Najib arah tapi Ali Hamsa'
'Bukan Najib arah tapi Ali Hamsa'
Najib (kiri) hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
A
A
KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mendakwa bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa yang mengarahkan beliau supaya membuat pindaan terhadap laporan kewangan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan bukannya Datuk Seri Najib Razak.
Saksi keenam pendakwaan bagi kes meminda laporan akhir pengauditan 1MDB itu berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram berhubung pertemuannya dengan bekas Perdana Menteri itu di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya pada 22 Februari 2016.
Dalam mesyuarat itu, Ambrin berkata, Najib tidak mengarahkannya untuk memilih atau membuang mana-mana bahagian dalam laporan kewangan tersebut.