Walajib dan walaon tak buktikan Mahathir songlap
Raja Gelap
Ramai walajib panas dengan status aku semalam. Hari ni ramai komen. Jarang post aku dapat perhatian macam tu. Macam biasa, memang aku tak layan. Kalau melampau bahasanya, aku cuma report, block then delete.
Tapi yang kelakarnya, semua mengungkit fasal kekayaan Mahathir. Tak tahu apa kena mengena dengan aku sebab aku bukan penyokong Mahathir. Sepatutnya tunjukkanlah kekayaan DS Anwar, barulah kena kat aku.
Tapi sungguhpun aku bukan penyokong Mahathir, aku nak tulis juga. Sekarang ini Muhyiddin adalah PM. Najib adalah sebahagian dari kerajaan yang dipimpin oleh Muhyiddin. Jadi apa yang nak disusahkan sangat?
Kalau betul Mahathir curi wang negara dan kayakan anak-anaknya, suruhlah Muhyiddin dakwa Mahathir. Muhyiddin ada akses untuk kesemua badan autoriti dan agensi kerajaan. Gunakanlah untuk dakwa Mahathir. Macam tak biasa.
Jangan nak bising di wall aku. Kalau dapat buktikan Mahathir songlap, sudah pasti aku tumpang gembira. Najib pun tak perlu post di FB banyak sangat lagak cytro. Kalau dapat dakwa Mahathir, kita sama-sama gembira.
Setakat post gambar Mahathir dengan tunjuk kekayaan Mahathir dan anak-anaknya, dakwa Mahathir beli hotel mewah semua tu tak ada makna. Tak membetulkan fakta dari mahkamah yang Najib lari cukai RM 1.69 bilion.
Jadi sementara Najib cari bukti nak dakwa Mahathir, tak kanlah aku nak hentikan keseronokan troll Najib? Rugi wei! Apa pun, komen walajib itu membuktikan apa yang aku tulis adalah benar. Tiada lain melainkan benar belaka.