Riwayat RUU 355 berakhir, Pas gagal kotakan janji
Empat tahun berlaku sejak himpunan mahu mendaulatkan Akta 355 yang akan membenarkan Pas melaksanakan hudud di Kelantan akhirnya nasib pindaan yang pernah memecahbelahkan parti Islam itu diketahui
Jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Marzuk Shaary baru-baru ini mengenai cadangan pembentangan kali kedua Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 2016 (RUU 355) jelas tidak membenarkan RUU itu dibentangkan.
Menurut Gerakan Pengundi Sedar (GPS) jawapan Ahmad Marzuk di atas pertanyaan Datuk Dr Hasan Bahrom (PH-Tampin) itu mengecewakan umat Islam.
Dalam jawapan balasnya Marzuk berkata, kerajaan sentiasa terbuka terhadap cadangan penambahbaikan berkaitan penggubalan undang-undang daripada pelbagai pihak.
Bagaimanapun, katanya, cadangan ini memerlukan pertimbangan dan penelitian secara menyeluruh bagi memastikan cadangan tersebut selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Mengulas perkara itu, GPS berkata, sepatutnya Ahli Parlimen Pas dan Umno menjadi jaguh untuk membawa RUU355 apabila sudah menjadi kerajaan sekarang.
Menerusi hantaran di Facebook, gerakan anak muda itu menegaskan, peruntukan RUU355 tidak bercanggah dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan sedia ada, justeru ianya perlu disegerakan.
“Timbalan Menteri Agama sepatutnya maklum mengenai pekara asas ini. Pemimpin kerajaan hari ini pernah menganjurkan perhimpunan RU355 yang dihadiri sekitar 50,000 orang di Padang Merbok sebelum menjadi kerajaan. Sepatutnya momentum dan kehendak umat Islam ini diutamakan sesegera mungkin.
“Banyak rangkuman ucapan pemimpin kerajaan hari ini yang menyebutkan secara hukum bahawa wajib membawa RUU355 untuk disegerakan. Ia adalah komiten kerajaan untuk mengangkat hak umat Islam tanpa alasan,” katanya.
Pada masa sama, GPS hairan mengapa kerajaan Perikatan Nasional tidak memberikan jawapan kukuh untuk memberikan komitmen tinggi bagi menjayakan RUU355.
“MCA mungkin menjadi halangan utama kerana sejarah MCA anti-Islam tidak dapat dipadamkan. Sepatutnya MCA perlu akur kerana mereka hanya mendapat dua kerusi Parlimen sahaja atas ihsan UMNO dan PAS juga,” katanya sinis.
Pada 26 Mei 2016, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang pernah membentangkan RUU 355 sebagai RUU persendirian di Dewan Rakyat
Ia bertujuan memperkasakan Mahkamah Syariah dan meningkatkan hukuman jenayah sedia tanpa membabitkan masyarakat bukan