Ratusan ribu bakal hilang kerja, mereka pilih parti alternatif
Sang Kelembai
Masalah perut Ahli Parlimen UMNO masih mendahulu dalam perbahasan di Parlimen
Kemarin saya pergi melawat kawan2 Ahli Parlimen di Parlimen. Biasalah yang suka berbual dengan saya ialah Ahli Parlimen Pembangkang. Pihak UMNO sudah kurang masuk ke Cafeteria Parlimen. Kecuali Nazri Aziz yang makan minum ditempat itu. Mereka sekarang sudah berada klas terasing. Tinggi darjatnya.
Dari siaran TV yang ada, dapat dilihat dan dengar akan perangai Ahli-ahli Parlimen dari UMNO.. Terjerit dan bertukar wajah saperti tidak manusia lagi yang ada otak untuk mempertimbangkan baik buruk dan kesan kepada UMNO, tidak langsung mereka memikirkan siaran langsung TV dan media lain sidang Parlimen sampai kependalaman seluruh negara dari Wang Kelian hingga ke Pulau Sebatik. selagi ada internet dan wifi.
Percaya betul, khasnya mereka yang menghadapi kes Mahkamah bahawa dengan kelakuan saperti kera, terpekik dan terlolong itu. Muhyuddin Yasin yang juga mugkin melihat siaran langsung sama ada dari Pejabat dan rumah. Akan membantu mereka dilepaskan dari tuduhan. Sama saperti zaman PH lakukan dahulu, bukan sahaja kepada Ahli Parlimen tetapi semua penyokongnya termasuk penulis media sosial yang telah di tuduh di Mahkamah.
Pemerhatian saya.. nampak betul Ahli Ahli Parlimen dari UMNO terlebih sudu dari kuah. Jika mereka meneruskan sikap yang sedemikian. Kepada pendapat saya. Rakyat akan berbalik semula kepada pembangkang.
Isu perkauman yang dibawa oleh UMNO untuk menarik sokongan orang Melayu kepada UMNO, Khasnya tumpuan menyerang DAP sudah menjadi isu terpencil. Rakyat kini berbagai kaum menyatukan diri mencari satu parti yang boleh membela mereka.
Ratusan ribu bakal hilang pekerjaan dalam dua tiga bulan ini dalam sektor pembuatan akan memikirkan mencari alternatif pilihan mana Parti yang akan diberi mandat membentuk kerajaan. bagi membela mereka. Bantuan Kerajaan kepada Syarikat dan bukan kepada kaum pekerja.
Maka ada kawan kawan bertanya. Bila pilihanraya Zaharin?, saya jawab secara mudah. Pilihanraya Sarawak kena didahulukan antara mulai tarikh sekarang hingga Julai tahun depan. Kenapa? Jika GPS menang pilihanraya negeri di Sarawak akan membantu jumlah kerusi PN dalam PrU ke 15.
Apa pun perbincangan Ahli Parlimen UMNO masih tertumpu kepada masalah perut mereka daripada masalah rakyat.