MAN TOBA
Madey kena buli dgn umno? Ada aku kisah? Eh madey siap jatuhkan kerajaan ph yg dipilih rakyat la. Usaha selama lebih 20 tahun disia siakan macam tu je. Hanya kerana kita tak mahu penuhi nafsu dia utk terus jadi pm hingga tamat penggal. Hanya kerana kita minta dia berpegang pada janji. Nak suruh kesian kat dia?
Kita beri mandat utk memperbetulkan negara. Kita bg dia jadi pm walaupun parti dia hanya menang 13 kerusi. Kita percaya pada semua kata2 dia sebelum menjadi pm. Kita percaya dia sudah berubah dan layal diberi peluang ke 2.
Tapi apa dia buat, dari hari pertama dia mengangkat sumpah, dia khianat janji yg dia buat. Dia lantik menteri ikut suka dia. Dia bakulsampahkan senarai calon2 menteri yg diberi oleh parti2 yg mengangkat dia jadi pm.
Dia lantik pengarah sprm, kpn dan lain2 ikut suka dia tanpa sikit pun berbincang dgn pimpinan lain.
Dia bawak azmin ke pusat, dia tubuh kementerian baru semata nak perkukuhkan azmi agar dapat huru harakan keadilan. Dia ambil duit negara dan bg pada pas semata mahu membeli sokongan mereka.
Dia arah hamzah anjur kongres melayu kerana mahu provoke dap dan yg lain2. Dia arah kementerian pendidikan bawak naik isu jawi utk provoke bukan melayu. Dia arah org2 dia utk kumpul sd secukupnya utk jatuhkan kerajaan ph. Jangan cakap ianya fitnah, bukti audio cukup jelas dan kukuh.
Ketika bermula krisis sheraton, dia mengelak dari berjumpa pimpinan lain yg datang utk berjumpa dia. Dia letak jawatan tanpa berbincang dgn pimpinan lain agar kabinet terbubar. Dia tolak saranan ketua negara agar tangguh perletakan jawatan.
Jadi utk apa perlu kesian pada mahathir? Dia khianat ph, dan akhirnya dia terima balasan apabila org2 kepercayaan dia khianat dia.
C/p