Lepas jadi kerajaan baru Pas tau semua tak boleh buat
Via WhatsApp
Apabila kerajaan PH dijatuhkan barulah pemimpin-pemimpin PAS tahu bahawa:
1. Kes pemandu mabuk walaupun kian meningkat bukanlah salah menteri agama, menteri kewangan, mahupun menteri pengangkutan. Ianya adalah kesalahan pemandu tersebut kerana tidak menempah e-hailing selepas mabuk (seperti yang disebut oleh Presiden MCA).
2. Kes Arwah Adib bukanlah satu kes kritikal yang perlu diselesaikan kerajaan dengan segera walaupun Menteri KDN dahulu adalah Perdana Menteri sekarang dan Menteri KPKT dahulu adalah orang yang sama dengan sekarang. Malahan, profile picture Arwah Adib yang banyak digunakan oleh penyokong-penyokong PAS sebelum ini juga dilihat telah tiada dan digantikan dengan gambar kucing.
3. Penjualan arak bukanlah haram secara mutlak di seluruh negara seperti yang dilaung2kan oleh pemimpin PAS sebelum ini tetapi dibolehkan kepada masyarakat bukan islam. Demikianlah menurut menteri undang-undang hari ini yang juga dari parti PAS.
4. Hudud bukanlah lagi sebuah syariat yang wajib dilaksanakan tanpa penangguhan. Tetapi perlu menjalani proses penelitian dan perbincangan dengan pemegang taruh. Tambahan pula, parti MCA dan MIC yang anti hudud kini merupakan rakan taawun penting dalam kerajaan yang hanya ada 113 kerusi ini.
5. Dong Zhong dan UEC merupakan salah satu komponen dalam sistem pendidikan negara. Tiada lagi bantahan dan seruan pengharaman terhadap Dong Zhong dan Sekolah Vernakular buat masa ini. Malahan, peguam UMNO juga telah menarik saman terhadap Sekolah Vernakular pada minggu lepas.
6. Peruntukan puluhan juta ringgit untuk Kolej Persendirian Cina kini diterima dengan hati yang tenang walaupun SRITI dan SMITI masih tidak diketahui entah dapat atau tidak sumbangan daripada kerajaan.
7. Pada zaman ini, e-wallet atau e-tunai adalah mekanisma penting dalam membantu meringankan bebanan rakyat dan bukan lagi mekanisma kerajaan untuk mencuri data peribadi.
8. Tiada kata-kata nista dilemparkan kepada Menteri Agama atas penutupan masjid semasa PKP kerana tindakan itu satu keperluan. Bayangkanlah seandainya Dr.Mujahid masih lagi Menteri Agama dan mengambil tindakan yang sama serta kerajaan PH masih lagi memerintah. Betapa banyaknya fitnah dan tohmahan yang dilempahkan kepada mereka.
Alhamdulillah syukur. Ada hikmah dalam setiap kejadian, insyaAllah. Kejatuhan kerajaan PH menjelmakan wajah-wajah hipokrit di sebalik wajah pemimpin PAS.