KISAH RM300 JUTA



Ketar lutut saya apabila menerima salinan surat ini. Ini adalah surat pengesahan daripada Tabung Haji bahawa Menteri Agama (PH) telah meluluskan penjualan 50% pegangan TH di dalam Abraj Sdn Bhd kepada pihak lain hanya dengan harga RM100 ribu.

Tuan- tuan tahu siapa Abraj Sdn Bhd?

1. Abraj adalah sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang ditubuhkan secara bersama oleh TH dan Amanah Raya Berhad (ARB) pada tahun 2010 dengan matlamat penerokaan pelaburan baru secara bersama.

2. Kedua dua TH dan ARB memiliki 40,225,000 unit saham menjadikan pegangan masing2 adalah 50:50. TH telah melabur sekitar RM45 juta sepanjang penubuhan Abraj Sdn Bhd.

3. Abraj kini adalah pemilik kepada 3 buah bangunan bernilai di Cyberjaya. 3 bangunan ini adalah MKN Embassy Techzone Blok A, MKN Embassy Techzone Blok B dan Bangunan Mustapha Kamal

4. Bangunan MKN Embassy tersebut didirikan di atas tanah seluas 4.1341 hektar dengan pegangan SELAMA-LAMANYA

5. Kesemua bangunan ini telah pun dinilai pada Disember 2016 dengan harga sekitar RM300 juta

6. Macammana Menteri boleh bersetuju dengan harga RM100 ribu bagi penjualan 50% pegangan syarikat ini adalah diluar kefahaman saya. Rumah kos rendah dekat Selayang pun lagi mahal.

7. Jika sekiranya berlaku masalah aliran tunai, atau sewaan tidak menggalakkan atau masalah kewangan, langkah paling wajar adalah penstrukturan korporat seperti pembiayaan semula dan rundingan kadar faedah dengan pemberi pinjaman baru. Kemudian diikuti penjenamaan korporat dan perubahan sistem yang sesuai dengan industri semasa.

Bukan jual jual jual

Ini ke cara berhemah dan berintegriti dalam menjaga aset umat Islam?

Satu lagi. Status ini adalah permulaan yang panjang untuk anda semua. Banyak lagi akan menyusul

---
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Terengganu