KISAH GELANDANGAN POLITIK YANG SEMAKIN BIUL

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks yang berkata 'Sinar SinarOnline @SinarOnline 3h "Jika menerima cadangan menjadi PM gabungan baharu itu, saya sebenarnya akan menghidupkan semula UMNO dan menjadikannya sebahagian daripada kerajaan," Tun M. #sinarharian Saya tak mahu jadi PM untuk perikatan tidak suci, kata Tun M sinarharian.com.my 25 8 25 ?'


GAMBAR ADALAH SEKADAR HIASAN...SIAPA DIA? ENTAH ......DIA DIGAMBARKAN SEORANG INSAN YANG BERGELUMANG DENGAN POLITIK.



Lama sungguh rakyat menentang dia ni. Sejak zaman 98 dulu sampai la ni, dia macam tu juga. Dari PM, diturunkan diri dia, kemudian meracau nak tubuhkan dan nak lagi jadi PM. Dia bukan sahaja pecah belahkan PKR, tapi dia kini dah bejaya pecah belahkan PH. Tetapi, dalam banyak banyak hal yang dia cuba lakukan PKR walau pun berpecah, itu tanda satu kebaikan kerana keluarnya puak puak kartel, PKR kembali kukuh dan membaiki kembali parti.

Bab kartel, lantak p la ke depa, nak join BERSATU ka , nak tubuh parti baru kah, itu hak mereka. Kita lihat dan lihat sahaja.OK bab dia ni, jika lah Umno terima dia, aku rasa dak kot, dalam bodo bodo Umno yang dok ada ni pun, aku rasa jiwa depa tak la bodo sangat nak terima dia ni. 

Tapi tak tau juga la, kalau jenis bodo ni kadang bila kita lihat tindakan itu bodo, depa akan kata depa cerdik. Tidak tak kalah la PRU 14 dulu, sebab depa kata depa cerdik. Macam Najib sangka dia boleh menang dulu, akhirnya kantoi.

PH pun sama juga, masa jadi pembangkang, penyokong ingat cerdik juga, rupanya pun 2x5, cerdik sikit saja la, tapi bodo jugak bila dapat jawatan. Bab ni kalau nak ulas memang panjang. Nak kata cerdik lagu mana, kalau media boleh kawal tak mau nak kawal. Nak ajar masyarakat Malaysia ni macam negara barat yang faham soal demokrasi. Tak payah...mana depa faham bab demokrasi ka apa ka..tambah tambah dok di kampung kampung felda dan ulu ulu banat sana..Apa yang depa tau...hang bagi kami ambik kami sokong buta tuli..tu saja kami tau..lain lain semua cina komeneh...dalam diam diam..cina sapu habis tanah, curi kayu balak, buat dusun durian, depa dok pulun minta bantuan...buat industri sarang burung...yang Melayu ni ..minta bantuan..kesian sungguh ..miskin minda jiwa penggemis ....alahai..

Bebalik pada dia ni...dia cuba pulak nak pikat Umno kalau kalau Umno dapat dan sokong dia...ok lah kalau Umno sokong dia, apa yang dia akan buat ada Umno? baru saja lagi dok terngiang ngiang dalam kepala dia dok kata UMNO ni kepala penyamun dan pelingkup negara, tup tup dia kata nak selamatkan Umno? hai dah tak laku dalam PH, Parti gelandangan tak jalan, dia nak pusing pulak p peluk umno....kah.kah.kah....memang buang tabiat ...

hangpa tau dak, manusia kalau macam ni, akhirnya bukan sahaja rakyat akan lupakan dia,tapi mati dalam hina dina kerana memecahbelahkan rakyat dengan adigan politik dia ni. Generasi baru aku rasa dah faham. Generasi lama lagi la faham. Masaalahnya ..ada juga penentang dia mula pula nak peluk ...gian nak jadi menteri jugak rasanya..mau tak gian, lama punya dok lawan keluar masuk penjara, sekali jadi menteri, bukan saja cacing naik kepala, tapi kaduk naik junjung pun depa mula jadi cewi.
Tau apa cewi? tanya orang penang , dia akan tau apa itu cewi.

Macam ni lah...aku rasa lah..cara Muhyiddin pekena dia memang kelas no 1. Dia kena terduduk, aku rasa la kalau dia naik jadi PM, lunyai juga Muhyiddin kena dengan dia..mau tak mau baik Muhyiddin pertahan kan atau buabar sahaja parlimen. 

Kisah bagaimana Muhyiddin pekena dia ni , aku rasa bangga juga la..diam diam dia boleh sampai p letak jawatan, tak mau agi Anwar jadi PM, lepas tu dia gelabah nak jadi balik PM. Lihat dalam dewan, petanda  generasi dalam Umno dah tak hormat dia..macamana orang lain nak hormat, maka dapat lah dikatakan dia ni akhirnya mati dalam kutukan rakyat....sekian...